Header Ads

Dakwa cuai, keluarga bayi tetap akan saman Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II)

 



Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) yang didakwa akibat kecuaian, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan.


Ibu maangsa, Rosilawati Ismail, 26, ia sebagai pembelaan terhadap kematian anak tunggalnya, Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi yang berusia dua bulan pada Jumaat minggu lalu.


Beliau berkata, pihaknya sudah melantik peguam dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.


"Terdapat beberapa perkara yang kami tidak berpuas hati ketika anak menerima rawatan termasuk isu susu yang diberikan hampir tamat tempoh selain diberi ubat tidur tanpa kebenaran.


"Apa yang saya lakukan ini adalah demi pembelaan kepada kematlan anak dan ketidakpuasan hati terhadap pihak hospital yang merawat anak.




"Walaupun pihak hospital sendiri sudah bertemu dengan kami untuk menjelaskan apa yang berlaku, namun kami tidak berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan.


"Malah, sehingga kini punca kematian anak belum dimaklumkan kepada kami dan pihak hospital memaklumkan perlu menunggu sehingga dua bulan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Menceritakan apa yang berlaku terhadap anaknya, Rosilawati mendakwa, anaknya mengalami cirit birit pada 5 Februari dan dibawa ke ke HRPZ II sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).


"Anak saya kemudiannya semakin sembuh pada 8 Februari menyebabkan dia dipindahkan ke wad biasa. Ketika berada di wad berkenaan, doktor meminta saya menukar susu anak yang dibekalkan pihak hospital dengan alasan anak saya mengalami alahan.


"Saya dapati tarikh luput pada tin susu berkenaan bertarikh 12 Februari iaitu hampir tamat. Malah, ketika saya membancuh susu berkenaan, ia meragukan seolah-olah sudah basi.


"Apabila saya bertanyakan kepada doktor yang merawat anak berkaitan isu itu, doktor memaklumkan susu itu masih boleh digunakan sekiranya ia belum berkulat," katanya yang tampil membuat laporan polis pada Sabtu lalu.


Beliau berkata, anaknya kembali tidak sihat selepas beberapa hari sebelum diberi ubat tidur tanpa kebenaran.



"Pada masa sama, anaknya perlu berpuasa selama lima hari bermula 15 Februari dengan alasan perut anak perlu direhatkan sehingga menyebabkan anaknya sering menangis kelaparan.


"Disebabkan tidak berpuas hati, saya berurusan dengan pihak hospital untuk memindahkan anak ke hospital lain, namun tidak dibenarkan sebelum anaknya mengalami demam panas.


"Pada tengahari 18 Februari, saya sempat membuat panggilan video dengan kakak yang menjaga anak dan ketika itu saya melihat anak menangis dengan muka yang lemah sebelum disahkan meninggal dunia jam 4.30 petang pada hari berkenaan," katanya.


Beliau berkata, hancur luluh hatinya mengenangkan apa yang terjadi terhadap anaknya yang baru berusia dua bulan dengan Iuka pembeedahan yang dia alami ketika bersalin pun belum lagi sembuh.


Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Kelantan akan menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit berhubung kematian bayi berusia dua bulan Jumaat lalu, yang didakwa berlaku kecuaian ketika menerima rawatan.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.