Header Ads

Isteri Yonnyboii dah tak pakai tudung? tanya netizen

 


"Dia bertudung 'casually',".


Demikian kata ringkas penyanyi, Yonnyboii ketika diminta mengulas mengenai penampilan isterinya, Nik Nazira Narriman, 23, yang tidak lagi bertudung seperti sebelum ini. 


Yonnyboii ketika ditemui berkata, isterinya masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya. 


"Dia kalau berjalan dengan saya, ada kalanya dia nak melawa. Sebelum ini, dia memang tak bertudung dan setakat ini, dah setahun dia pakai tudung," katanya kepada Harian Metro. 



Tambah Yonnyboii, dia juga sudah berbincang dengan Nazira mengenai kecaman daripada netizen. 


"Saya dah bincang dengan dia mengenai kecaman. Dia cakap, mungkin untuk letakkan (gambar) di Instagram, belum masanya," katanya. 


Tambah Yonnyboii lagi, dia juga tidak pernah memaksa isterinya untuk bertudung kerana dia juga sering menukar imej dan warna rambutnya. 


"Saya dan dia masih muda lagi. Di media sosial, memang dia bertudung. Kalau di luar, ada masanya dia bertudung dan tidak. 



"Saya memang tak pernah paksa dia untuk tukar penampilan atau apa, sebab saya pun begini (imej). Jadi, saya okay," katanya. 


Yonnyboii dan Nazira hadir ke acara Joox Top Music Awards dan memenangi kategori Top 5 menerusi lagu Tak Sangka bersama Zynakal dan Asyraf Nasir.


Nazira bagaimanapun enggan gambarnya diambil dengan imej terkini itu. Pasangan ini berkahwin di Duchess Place, Ampang pada 20 November tahun lalu, sehari selepas penyanyi Haqiem Rusli naik pelamin.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.