Jangan ganggu, aniaya haiwan ternakan berkeliaran, kata Polis

encik gotenks
0

 


Pihak yang terkesan atau mengalami kerugian disebabkan haiwan ternakan milik penternak yang dibiarkan berkeliaran ditegah mengambil tindakan sendiri dengan menembak, mencedeerakan atau menganlaya haiwan tersebut.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, perbuatan itu merupakan satu kesalahan jnayah dan boleh diambil tindakan termasuk di bawah Sesyen 428 Kanun Kesekksaan iaitu khianat terhadap haiwan.


Menurutnya, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipnjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


"Mengambil tindakan sendiri tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya perbuatan itu hanya akan menjerat mereka kepada tindakan undang-undang.


"Sekiranya ada laporan, pihak polis akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku," katanya ketika ditemui selepas Program 'Community Policing' Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di Felda Lepar Hilir 2 di sini pada Selasa.


Wan Mohd Zahari berkata, perbuatan itu juga dikhuatiri boleh mencetus suasana tidak harmoni antara kedua-dua pihak dan masyarakat setempat amnya.


"Paling kita bimbang, perbuatan itu akan membawa kepada masalah lebih besar termasuk perkeIahian yang mendatangkan kecedeeraan.


"Dalam perkara ini, kita juga bimbang berlaku penggunaan senjata api bagi tujuan meneembak haiwan ternakan yang mencer0boh kawasan atau untuk tindakan di luar kewajaran," katanya.


Wan Mohd Zahari (depan tiga dari kanan) beramah mesra dengan penduduk Felda Lepar Hilir 2 pada Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Kuantan di tanah rancangan Felda itu pada Selasa.


Beliau berkata, sebaiknya adu kepada pemilik haiwan itu maklumkan perkara yang berlaku dan sekiranya ia berterusan laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.


"Pemilik haiwan juga perlu lebih bertanggungjawab terhadap haiwan ternakan masing-masing dengan tidak membiarkannya berkeliaran masuk ke kebun dan mer0sakkan tanaman penduduk lain.




"Masalah ini berlaku di mana-mana termasuk dalam kawasan Felda, justeru ia perlu diselesaikan dengan peranan semua pihak baik penduduk, penternak, pihak pengurusan dan agensi-agensi kerajaan terlibat,"katanya.


Sementara itu katanya, isu kecurian hasil kelapa sawit boleh ditangani melalui peranan bersama antara polis, polis bantuan Felda, pihak pengurusan dan peneroka sendiri.


Beliau berkata, terdapat kes seumpama itu berlaku di daerah ini dan telah ada tngkapan dilakukan, namun keadaan masih terkawal.


"Kebelakangan ini kelapa sawit menjadi sasaran pencuri kerana harganya yang tinggi.


"Sekiranya berlaku kes kecurian kelapa sawit, segera laporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Tambah beliau, polis bantuan boleh menggunakan kuasa yang ada untuk memantau, melakukan rondaan dan menngkap pihak yang disyaki terlibat untuk diserahkan kepada pihak polis.

Sumber artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top