Header Ads

Penularan C0VlD-19 dijangka cecah 22,000 akhir Mac, kata Ketua Pengarah Kesihatan

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanyalah hiasan

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes jangkltan C0vid-19 dalam negara boleh mencapai sehingga 22,000 kes pada akhir Mac ini.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkaan itu berdasarkan nilai kebolehjangkltan (Rt) dalam negara ketika ini ialah Rt 1.2.



Oleh itu, beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua mematuhi semua langkah kesihatan, sosial, meningkatkan liputan vakslnasi dan dos penggaIak bagi mengurangkan jangkltan serta menurunkan Rt kurang daripada satu.


"Hari ini nilai Rt negara mencatatkan 1.2 manakala mengikut pecahan negeri pula ialah nilai Rt di Selangor (1.19), Sabah (1.41), Pulau Pinang (1.17), Johor (1.16), Kelantan (1.08), Melaka (1.11), Kuala Lumpur (1.12), Putrajaya (1.29), Negeri Sembilan (1.10), Kedah (1.22), Pahang (1.14), Perak (1.10), Terengganu (1.13), Sarawak (1.17) dan Perlis (1.49).


"Individu yang belum menerima vaksln dan tidak pernah dijangklti C0vid-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkltan," katanya menerusi ciapannya di Twitter, hari ini.



Sehubungan itu, katanya, KKM menasihatkan individu yang berisiko ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksln C0vid-19.


"Bagi yang mendaftar, KKM memohon anda hadir ke janji temu demi melindungi diri anda dan orang tersayang," katanya.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.