Header Ads

Harga ayam gunting sekeping sampai RM10, netizen persoal kenapa harga dijual mahal tidak masuk akal?

 




Menu ayam gunting adalah satu menu marhain yang sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Di tepi-tepi jalan, pasar tani mahupun pasar malam pasti ada yang menjual menu kegemaran ramai ini.


Rasanya sungguh lazat dan menyelerakan terutamanya bila dimakan waktu panas-panas.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular perkongsian seorang netizen di laman Twitter yang mempersoalkan mengapa harga ayam gunting kini semakin mahal mencecah RM10.


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju harga ayam gunting semakin mahal.


Tidak kurang juga ada yang mengatakan harga semakin mahal kerana harga barang pun turut naik daripada harga RM7 kini naik hingga RM9.

 

Malah, ada yang turut mengeluh jika membeli ayam gunting sekarang tepung sahaja yang banyak tetapi ayam semakin kecil.


Dalam pada itu, ada yang mencadangkan untuk membeli di satu kedai ini dimana isi ayamnya besar serta berbaloi dengan harga RM9 berbanding dengan jenama lain yang menjual ayam gunting tetapi penuh tulang.





Sementara itu, ada yang mengatakan tiada masalah jika peniaga menaikkan harga namun mempersoalkan mengapa saiz ayam juga semakin mengecil. Betul juga tu? Kalau naikkan harga je kenapa kuantiti semakin sedikit atau mengecil?


SUMBER: Twitter via GuIapop

No comments:

Powered by Blogger.