Header Ads

Netizen bengang dengan pensyarah UITM hina pelajar B40 kerana tak mampu beli komputer

 


Pensyarah UiTM Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer Terima Kecaman Netizen. Lewat malam semalam, terdapat sebuah perkongsian tular di Twitter rakaman seorang pensyarah dari IPTA terkenal di Malaysia sanggup menghina pelajar yang hadir ke kelasnya tidak menggunakan komputer.

Pensyarah tersebut menanyakan soalan bertubi-tubi ke atas pelajar tersebut

“Kau pakai apa? Kau pakai fon eh? Mana kau punya komputer? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa?” soal pensyarah itu bertubi-tubi ke atas pelajar tersebut.


Pelajar lelaki tersebut lalu menjawab bahawa dia menetap di Seremban, Negeri Sembilan, bapanya pula tidak bekerja dan ibunya pula sudah tiada.


“Mak kau dah tak tak ada, bapak kau tak kerja? Kau takda adik beradik? Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan pergi beli komputer.


“Aku cakap dengan kamu. Kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas, pergi beli komputer.


“Patut kau tak boleh belajar dengan baik, disebabkan kau tiada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excell, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer,” tambahnya lagi.


“Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai je pakaian, the most important the computer, is very very important, for me. Hanya RM800 saja beli komputer.


“Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran. Ok kelas, kau tutup kamera kau tu, aku taknak tengok lagi dah,” hina pensyarah itu lagi dengan muka yang angkuh!


Pensyarah tersebut tiada rasa simpati

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh akaun Twitter itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada warganet yang tidak berpuas hati dengan hinaan pensyarah terhadap pelajar tersebut.


Tindakan pensyarah tersebut yang tiada rasa simpati itu turut mendapat perhatian daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (MPP UiTM) yang tidak bersetuju dengan contoh yang diberikan pensyarah tersebut serta mahu tindakan dan siasatan yang sewajarnya diambil daripada pihak pengurusan tertinggi Universiti.


Dalam masa yang sama, terdapat juga pihak yang ingin bantu menyumbang pelajar tersebut komputer riba agar dia boleh menghadiri kelas pembelajaran menerusi Googke Meet dengan lebih selesa. Namun menerusi komen-komen di Twitter, mereka mengatakan pelajar tersebut sudah tamat melanjutkan pelanjarannya dan waktu rakaman tersebut belum lagi dapat dipastikan bila.


Diharapkan isu ini boleh diselesaikan dengan cara baik dan diharapkan agar kita semua mengambil pengajaran agar tidak melakukan atau mengatakan sesuatu yang boleh menimbulkan sensitiviti terhadap orang lain.


Sumber : ILoveBorneo

No comments:

Powered by Blogger.