Header Ads

Netizen Samakan Level ‘Drama Air Mata’ Kak Long Setaraf Dengan Wan Maimunah?

 


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan  Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E tampil membuat permohonan m4af menerusi sebuah video.


Tindakan itu dibuat selepas akaun media sosialnya dinyahaktif selain turut dib0ikot sesetengah pihak.


Jelas Kak Long, jika tidak mempunyai anak kecil untuk ditanggung, dia pernah terfikir untuk terjun daripada bangunan tinggi.


Susulan itu, Kak Long dilihat begitu seb4k hingga mengalirkan air mata menerusi video berkenaan.


Biarpun ada yang bersimpati dengan nasib menimpa Kak Long, namun rata-rata netizen seakan ‘lali’ dengan gaya permohonan maaf berkenaan.



Malah, ada juga menyamakan level ‘kesedlhan’ Kak Long dengan babak lakonan pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.


“Wan juga namanya, tapi bukan Wan Maimunah la”.


“Rasanya Wan Maimunah boleh pencen kot jadi drama air mata”.


“Selalu sangat sekarang lepas buat salah minta maaf, persoalannya berapa kali nak mintak maaf men4ngis,” tulis beberapa netizen.


Untuk rekod, dalam sesi siaran langsung itu seorang jejaka dan wanita yang turut menjelaskan situasi sebenar Kak Long ketika ini.


“Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?



“Ini buIi siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.


“Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia men4ngis.


“Kak Long sampai d3presi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti,” rayunya.


 Sumber : Gempak

No comments:

Powered by Blogger.