Header Ads

Peminat Bengang Nora Danish Tak Jaga Batas, selamba badak je main peIuk suami orang

 


Sesiapa yang sekarang sudah menjangkau usia 30-an pasti membesar dengan drama bersiri popular Puteri. Selepas 15 tahun drama itu ditayangkan di tv, mereka membuat kemunculan kembali dan bakal menayangkan siri puteri baru pada 1 Syawal nanti.


Berita gembira itu dimaklumkan oleh pelakon Nora Danish menerusi satu gambar di Instagram miliknya bersama dua pelakon drama tersebut iaitu Beego dan Kenchana Devi.


Dalam beberapa perkongsian lain, Nora juga tidak lokek memuat naik video sebalik tabir penggambaran drama empat episod itu. Bukan itu saja, Nora turut berkongsikan momen melepaskan rindu dengan ‘bapa’ Puteri yang dilakonkan oleh Aziz M. Osman.


Bagaimanapun, perkongsian Nora itu menimbulkan rasa kurang senang peminat yang kecewa melihat aktres itu tidak menjaga batas pergaulan.


Malah, ada yang meluahkan rasa kesal melihat aksi mesra pelakon yang berpelukan serta terikut-ikut dengan budaya barat.


Dalam pada itu, ada yang memberi teguran dan nasihat supaya menjaga batas apatah lagi status pelakon yang sudah mendirikan rumah tangga.

Sumber : Rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.