Header Ads

Ramai keliru maksud ganti semula amaun pengeluaran dan tambahan 20 peratus duit kwsp

 


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KSWP di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan bermula 1 April hingga 30 April 2022.


Jika anda lihat di laman web rasmi KWSP, ada beberapa senarai soalan lazim yang ramai mungkin sudah mengetahuinya. Tidak seperti soalan yang ke 15 ada menyentuh tentang penggantian semula amaun pengeluaran.


Tahukah anda bahawa pengeluaran simpanan KWSP melalui Pengeluaran Khas ini perlu diganti semula? Apa maksud mengganti semula? Jom baca pencerahan daripada pihak KWSP di bawah.


Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%. Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:


Seperti penjelasan daripada KWSP, caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.


Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).


Mungkin ramai yang bertanyakan tentang rasional penggantian semula serta tambahan 20% daripada amaun pengeluaran bukan? Ini jawapan yang diberikan oleh pihak KWSP.

Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan. Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan. Hal ini demikian kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.



Ini bertujuan untuk memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.


Seperti yang kita tahu, Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. Bagaimanapun, KWSP mengingatkan semua ahlinya supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa akan datang.


Sumber: KWSP via siakapkeIi

No comments:

Powered by Blogger.