Header Ads

Sudah-sudahlah beri publisiti, Kak Long 7E tak layak muncul di stesen televisyen, tegas Awal Ashaari

 


Kak Long 7E? Siapa yang tidak kenal dengan Kak Long, seorang individu yang mencapai kemunculan popularitinya apabila beberapa video dia mengamok di kedai serbaneka 7 Eleven dan KFC menjadi viral.


Ramai netizen yang bingung dan tidak percaya dengan tahap keceluparan mulut wanita muda ini. Pun begitu kisah ini seakan reda namun tiba-tiba nama Kak Long 7E kembali meniti di bibir netizen apabila tindakan sebuah stesen TV yang telah menjemput beliau ke salah sebuah program terbitan stesen tv terbabit.


Stesen TV Al-Hijrah telah menerima kecaman yang amat hebat dari netizen kerana tindakannya menjemut Kak Long 7E atau nama penuhnya Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) sebagai tetamu untuk program Trending.


Bukan sahaja netizen yang bersuara malah selebriti juga tidak bersetuju dengan tindakan stesen televisyen itu.


Salah seorang selebriti popular yang tidak ketinggalan meluahkan pandangannya adalah pengacara terkenal, Awal Ashaari.



Awal telah memuat naik pendapatnya di laman sosialnya baru-baru ini. Menurut pengacara dan juga pelakon itu, tindakan wanita yang dikenali sebagai Kak Long yang mengamok baru-baru ini hanya sekadar untuk meraih populariti semata-mata.


Tindakannya itu telah menarik perhatian ramai netizen dan menjadikan wanita itu trending di laman sosial. 


Apa yang membuatkan Awal kesal apabila tindakan stesen telvisyen itu telah membuka jalan untuk ‘Kak Long’ kekal dikenali.


Setiap detik masa siaran yang anda berikan kepada orang seperti ini adalah publisiti untuk mereka. Mereka dahagakan populariti.


Jerit jerit, keji, kutuk, mengam0k macam orang giIa. Merendahkan orang dalam media sosial alih-alih dapat jemputan masuk televisyen.


Awal menambah lagi, individu seperti Kak Long sebenarnya tidak harus diangkat kerana tempatnya hanya layak di TikTok.



Bayangkan ‘sick video’ bagaimana yang akan muncul selepas ini semata-mata untuk dijemput ke rancangan TV, lepas tu jadi instafamous.


Berhenti buat orang seperti ini terkenal. Mereka tidak layak bercerita di nasional televisyen. TikTok adalah tempat di mana dia patut berada.


Untuk rekod, Stesen TV Alhijrah semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menangguhkan tayangan episod membabitkan ‘Kak Long’ dalam program Trending yang sepatutnya ditayangkan Rabu depan.


Sumber: Instagram @awalashaari

No comments:

Powered by Blogger.