Header Ads

TV3 tegur pelakon dan produksi, adegan dilakonkan tidak mungkin dapat kelulusan stesen TV

 


Sikap gelojoh hero malaya, Zul Ariffin tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya yang menyiarkan adegan tidak sesuai terus memakan diri.Stesen Televsiyen terkenal, TV3 telah menegur kru dan pelakon drama bersiri atas perbuatan tersebut.


Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu.


Tambahnya, adegan yang dipaparkan itu tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.


Malah babak panas itu tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.


"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).


"Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama," ujar kenyataan itu.


Pada malam Jumaat, Instagram Zul diseerang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.



Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.


Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.


Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.