Header Ads

Waran tangkap tidak dapat diserahkan kerana Norjuma gagal ditemui, kata peguam

 


"Kami sudah cuba mencari defendan (Norjuma Habib Mohamed) di kedua-dua rumahnya di Kuala Lumpur dan Selangor, namun gagal menemuinya untuk menyerahkan waran tangkap," kata peguam, Muhammad Hassanuddin Roslan.


Beliau yang mewakili Fame Up Entertainment berkata, waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas Norjuma gagal hadir sejak permulaan kes dan menghina mahkamah.


Kata beliau, setakat ini pihaknya tidak dapat berhubung dengan defendan.


"Proses seterusnya adalah kami akan mendapatkan tarikh baharu daripada mahkamah untuk waran tangkap diserahkan sekali lagi kepada beliau (Norjuma), dalam masa terdekat.


"Pada masa sama, waran tangkap itu juga akan diberikan kepada polis untuk bantuan mengesan usahawan itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Pada 2019 dan 2020, Fame Up Entertainment selaku plaintif memfailkan dua saman fiitnah terhadap Norjuma berikutan penyebaran fiitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.



Berikutan kegagalan defendan hadir ke mahkamah, hakim Mahkamah Tinggi, di sini, mengeluarkan waran tangkap kerana gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan menghiina mahkamah atas keingkarannya mengikut perintah ditetapkan.


Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menghubungi pihak Norjuma bagi mendapatkan maklum balasnya gagal.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.