Header Ads

Atas nama keadilan, Shafee tawar khidmat guaman percuma kepada Sam Ke Ting

 


Peguam terkenal, Shafee Abdullah menyertai beberapa peguam lain menawarkan khidmat secara percuma untuk membela kerani Sam Ke Ting, yang dipenjarakan baru-baru ini berhubung kes basikal lajak di Johor Bahru.


Shafee yang menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu perksauman atau agama berkata, Sam sepatutnya diberikan penangguhan hukuman sejak awal.


“Saya tertanya-tanya mengapa dia tidak diberi penangguhan sabitan sementara menunggu rayuannya.


“Saya harap dia diberi jaminan secepat mungkin kerana sudah menjalani hukuman penjara enam tahun. Jika dia diberi jaminan, dia mempunyai prospek yang lebih baik untuk menyediakan rayuannya bersama peguam,” katanya kepada FMT.


Pihak yang lain turut menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada Sam termasuk biro undang-undang kebangsaan DAP dan biro hal ehwal undang-undang MCA.



Sementara itu, permohonan Sam kepada Mahkamah Rayuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ditetapkan pada 9 pagi Isnin di Mahkamah Rayuan Putrajaya.


Shafie, mengesahkan laporan The Star sebelum ini, berkata dia telah menawarkan diri untuk menjadi peguam Sam kerana yakin wanita itu perlu dibela dalam keadaan sekarang.


“Saya mengesahkan bahawa saya telah menawarkan perkhidmatan secara pro bono (percuma) kepada Sam. Saya rasa keadilan adalah yang paling penting.


“Saya harap, saya boleh mewakilinya jika dia melantik saya sebagai peguam atau akan tampil sebagai amicus curiae, bergantung kepada perkembangan semasa,” katanya.


Amicus curiae ialah orang atau kumpulan, yang bukan pihak dalam sesuatu tindakan tetapi mempunyai minat dalam perkara itu, tampil sebagai “sahabat mahkamah” dengan kebenarannya.




Pada Rabu, Sam dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi di Johor Bahru kerana memandu secara melulu.


Kerani itu didakwa menyebabkan kemaatian lapan penunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru pada 3.20 pagi 18 Feb 2017.


Dia dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah majistret pada 28 Okt 2019 di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil untuk pembelaan.


Bagaimanapun, pada 18 Feb 2021, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membawa semula kes itu ke mahkamah majistret, meminta Sam membela diri selepas membenarkan rayuan oleh pihak pendakwaan.


Pada 10 Okt 2021, mahkamah majistret sekali lagi membebas dan melepaskannya.


Pihak pendakwaan kemudian merayu sekali lagi ke Mahkamah Tinggi.

Sumber : FMT

No comments:

Powered by Blogger.