Header Ads

Baru sahaja diceraikan talak satu, viral pula laporan polis kononnya Mak Wan Latah Ianggar kontrak

 


"Saya tak tau nak cakap apa. Banyak ujian, nak buat macam mana? Allah nak berikan kepada saya,"


Demikian kata Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, dalam sesi 'live' di TikTok ketika ditanya mengenai dakwaan dia meIanggar perjanjian dengan sebuah syarikat pengeluar makanan yang tular, baru-baru ini.


Enggan mengulas lanjut, Mak Wan berkata dia juga cuba kuat, tapi kadang-kadang menangis juga kerana sedar dirinya seorang wanita biasa.


Terdahulu, tular di media sosial satu laporan polis membabitkan Mak Wan yang didakwa melanggar kontrak dan menyebabkan syarikat berkenaan menanggung kerugian sebanyak RM2,500.



Menerusi laporan itu, Mak Wan dikatakan bersetuju untuk terbabit dalam satu iklan syarikat itu, namun tidak hadir pada hari penggambaran dengan alasan dia dijangkiiti C0vid-19.


Dalam laporan bertarikh 8 April 2022 itu menyebut kedua-dua pihak ada menandatangani perjanjian kerja pada 30 Mac 2022 dengan bayaran wang sebanyak 50 peratus sebelum kerja dilunaskan.


"Selepas perbincangan, pelakon itu bersetuju dengan semua syarat. Pada 30 Mac 2022, dia juga menandatangani perjanjian kerja ketika berada di pejabat syarikat.


"Pada 29 Mac 2022, pihak syarikat membuat bayaran 50 peratus secara atas talian. Manakala, pada 1 April 2022, pihak syarikat sudah membuat bayaran kali kedua.


"Bagaimanapun, pada hari penggambaran iaitu 2 April 2022, Mak Wan memaklumkan dia dijangkiti C0vid-19 dengan menghantar bukti ujian saliva," tulis laporan itu.



Sehubungan itu, pihak syarikat meminta Mak Wan memulangkan semula wang perjanjian kerja yang sudah diterimanya, namun sehingga laporan dibuat pihak syarikat tidak menerima sebarang bayaran berkenaan.


Ternyata, Mak Wan berhadapan ujian bertali arus dalam hidupnya apabila dia juga baharu bercerai dengan bekas suami, Husain Dollah pada 21 April lalu dalam kamar Hakim Syarie Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Mak Wan dan Husain sebelum itu bernikah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Bagaimanapun, perkahwinan kali ketiga Mak Wan ini hanya bertahan selama tiga bulan.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.