perkongsian video pelakon Lana Nodin di laman sosial mendapat perhatian netizen gara-gara bentuk hidung yang dikatakan berbeza daripada sebelum ini.
Segelintir netizen mula membuat spekulasi dan menuduh pelakon tersebut melakukan rawatan bagi mencantikkan lagi hidungnya.
Terpaksa berkongsi cerita peribadinya, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mengakui pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemaIangan ketika zaman persekolahan.
Menurut aktres berusia 44 tahun berkenaan, kecedeeraan itu berlaku selepas dia terjatuh ketika menunggang motosikal jenis RXZ sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan kampung Felda.
"Sibuk nau dengan hidung aku. Lubang lain tak nak tahu? Asyik tanya lubang hidung aku saja. Yang brader tu, kata tukar kejadian Tuhan apa la... eh kau tengok muka aku. Semua original la," ujarnya.
Sementara itu, Lana menganggap manusia terutama segelintir orang Melayu sentiasa bersangka buruk terhadap sesuatu disebabkan mempunyai hati yang terlalu hitam.
"Manusia ini, sorry to say, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada saja bersangka buruk, cuba la bersangka baik. Sebab apa hati dah terlalu hitam.
"Cuba bersangka baik, hati kita bersih. Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu ni lubang Michael Jackson la. Aku tahu la apa aku buat.
"Tak payah ajar aku. Dah umur 44 ini dah tahu apa benda nak buat. Kalau aku jenis nak buat, dah lama dah jadi macam ini (bibir tebal)... tak ada maknanya," katanya.
Sumber : mStar Online