‘Isteri Sedia Ada’ Akan Dipanggil Mahkamah Syariah Untuk Sahkan Kemampuan Suami Untuk Kahwin Satu Lagi

encik gotenks
0

 


Poligami atau berkahwin lebih dari satu adalah dibenarkan dalam agama Islam namun jika lelaki tersebut mampu dari segi batin dan zahir.


Ada kes poligami yang berlaku dan dilaporkan di mahkamah yang suami sebenarnya tidak mampu untuk berlaku adil atau dalam kata lain tidak mampu.


Baru-baru ini viral satu tulisan di media sosial yang ditulis oleh pengguna FB menggunakan nama Karya Kayra yang menulis tentang kemampuan suami akan disahkan di mahkamah sama ada beliau mampu atau tidak untuk berpoligami.



Akhirnya.. Hehehehe 😆


Suami-suami yang yang berhasrat menambah isteri kini "isteri sedia ada" anda akan menjadi pihak yang dipanggil Mahkamah Syariah sekiranya anda mahu berpoligami.


"Isteri Sedia Ada" merujuk kepada wanita yang "sedang" menjadi isteri anda.


Pergilah nikah ke Siam sekalipun tetapi sebaik anda mahu mendaftarkan perkahwinan baharu di Malaysia, Isteri Sedia Ada anda akan dipanggil untuk sahkan kemampuan anda berpoligami termasuk MENYELESAIKAN terus urusan:

💃 Nafkah Bulanan Isteri Sedia Ada.

💃 Perbelanjaan Bulanan Rumah Isteri Sedia Ada Yang Mesti Anda Bayar.

💃 Nafkah Anak-Anak Dengan Isteri Sedia Ada.

💃 Harta Sepencarian Yang Mesti di-Gazet-kan Hak Bersama Isteri Sedia Ada TANPA Melibatkan Isteri Baharu.


Isteri Baharu Hak Harta Sepencarian kini dikira harta yang dibeli dari tarikh berkahwin baharu dan Isteri Baharu Tidak Layak menuntut Harta Sepencarian yang di-gazet-kan sebagai Harta Sepencarian Hak Isteri Sedia Ada dalam Perkahwinan Poligami.


Tiada lagi "Nikah Senyap-Senyap Dah Mati Masuk Kubur" baharu Isteri Sedia Ada tahu anda ada Isteri Kedua, Isteri Ketiga dan Isteri Keempat.


Banyak kes berlaku lelaki sudah mati masuk kubur, tiba-tiba muncul Isteri Kedua membawa anak kecil menuntut hak kononnya sedangkan perkahwinan dengan Isteri Kedua tidak berdaftar di Malaysia.


Selepas ini kita masih menunggu Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia untuk mengadakan Tindakan Sekatan Kursus Perkahwinan Bagi Lelaki yang masih beristeri.


Ini pun kami banyak terima aduan "Laki Orang Scammer" daftar Kursus Kahwin Online dan Offline di banyak negeri untuk menunjukkan "kesungguhan" mahu menikahi seseorang perempuan.


"Laki Orang Scammer Kursus Nikah" ini dapat sahaja duit dari perempuan itu terus tinggalkan perempuan yang berkursus kahwin dengannya kononnya perempuan itu perempuan jahat, perempuan sial dan sebagainya. Siap pakej minta maaf pada keluarga si perempuan kerana rasa diri dan kelakiannya sangat hina dan tidak layak memperisterikan perempuan itu sedangkan sebelumnya lelaki itu yang ajak si perempuan ber-kursus kahwin kononnya.


Lelaki itu SONGLAP DUIT perempuan yang diajak berkursus kahwin itu tidak pula mahu disebutnya.


Kami berharap JAKIM, Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan Polis Diraja Malaysia dapat segera membuat Tindakan Sekatan Ke Atas Suami Orang Yang Berkursus Kahwin di Banyak Negeri Dengan Ramai Wanita Berlainan.



Mohon Blacklist Nombor Kad Pengenalan lelaki berstatus Suami Orang dari mendaftar Kursus Kahwin Online dan Offline.


Jika dia mahu berpoligami maka pastikan lelaki itu mematuhi Peruntukan Arahan Amalan No. 7 Tahun 2021 iaitu Isteri Sedia Ada akan menjadi pihak yang dipanggil sekiranya lelaki itu mahu berkursus kahwin dan seterusnya mahu berpoligami.


Terima kasih Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia kerana dengan berani, tegas dan adil menyediakan Peruntukan Arahan Amalan ini dibawah Akta Syarie demi melindungi kaum wanita di Malaysia dari terus teraniaya. Alhamdulillah.


Sis.. we won one step. We will win all the Acts.


Kayra, Putrajaya.

Sumber : Karya Kayra

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top