Header Ads

Mummy Mas Idayu happy, bakal nikah dengan penerbit eksekutif TV3 september ini

 


Penyanyi terkenal Mas Idayu bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya yang juga Penerbit Eksekutif di TV3, Sufian Isa pada September depan.


Mas Idayu berkata, dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu. 


"Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.



"Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.


"Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan," katanya kepada Harian Metro.


Berkongsi lanjut mengenai hubungan mereka, Mas Idayu berkata, Sufian sudah datang berjumpa kakak sulungnya.


"Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung. 



"Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali.


"Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja," katanya.


Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Cintaku 100% pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.