Netizen sekolahkan lelaki ini yang 'bermurah hati' kira jualan Chef Ammar sebulan hampir RM3 juta

encik gotenks
0

 


Baru-baru ini viral satu video di tiktok yang memaparkan seorang pemuda dan kawannya yang membuat ‘kira-kira’ jumlah jualan kedua-dua jenis nasi arab dijual oleh Chef Ammar.


Untuk mendapatkan kepastian, lelaki yang bernama Arif itu sendiri telah pergi bertanyakan soalan kepada salah seorang staf Chef Ammar jumlah bungkusan yang berjaya terjual dalam sehari.


1,200 untuk ayam, 1,200 untuk kambing.”

Arif kemudian membuat kiraan jumlah jualan diperolehi chef itu dalam sehari. Jika mengikut kiraannya, Chef Ammar mendapat jumlah jualan sebanyak RM90,000 sehari dan dalam tempoh 30 hari iaitu sepanjang bulan Ramadan, jumlahnya mencecah RM2.7 juta!


Walaupun begitu, perkongsian dari pemuda itu mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen kerana ramai netizen memberikan pendapat di ruangan komen, bukan itu sebenarnya cara membuat perkiraan hasil jualan.


Tambah netizen lagi, apa yang dikirakan oleh Arif sebenarnya hanyalah sekadar jumlah jualan bukanlah keuntungan seperti yang dikatakan oleh pemuda berkenaan.


Video tersebut bukan hanya mendapat perhatian netizen tetapi ianya turut menarik perhatian pemilik kepada bisnes tersebut iaitu Chef Ammar.


Beliau kelihatan agak kecewa dan meminta agar Arif tidak membuat ‘content’ sewenang-wenang memandangkan keuntungan bukannya dapat secara maksima.


Sebaliknya banyak perkara perlu diambil kira seperti gaji pekerja, bayaran sewa premis beberapa restoran miliknya, kos bahan-bahan serta macam-macam lagi.


Sumber : Beautifulnara

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top