Header Ads

Netizen speku Heliza helmi makin hilang warak, persoal kenapa dia sekarang dah tak macam dulu

 


Sekarang ini sudah jadi trend orang kita buat parodi. Tak terkecuali menurut sama ikut trend semasa adalah pasangan merpati dua sejoli, Heliza Helmi dan Suami tercinta.


Baru-baru ini pasangan romantis ini ada memuat naik satu video parodi berlatar belakangkan suara DS Vida dan bekas kekasihnya Iqbal Zulkefli.


Perkongsian bersahaja dan penuh kelakar itu mendapat pelbagai reaksi dan komen dari peminat mereka. Rata-rata netizen terhibur melihat telah suami isteri itu. Mereka memuji suaminya sebagai seorang yang sporting kerana boleh melayan karenah isterinya.


Namun dalam banyak-banyak mesej positif, ada juga segelintir netizen yang tidak senang dengan penampilan mereka.Ada yang bertanyakan kenapa Heliza semakin hilang warak? Tidak kurang juga, yang meluahkan rasa meluat dan menyampah melihat pasangan itu.



Rasanya tidak salah Heliza dan suaminya membuat video parodi dan berkongsikan dengan peminat mereka. Sekurang-kurangnya terubat juga rasa rindu peminat dengan artis kesayangan mereka ini. 


Hmm.. kalau dah nama pun netizen, ada saja yang tak kena dimata mereka. Semoga Heliza Helmi dan suami bahagia selamanya...

No comments:

Powered by Blogger.