Header Ads

Salah faham kerana Ayu enggan bergambar dengannya, Radhi OAG mengaku tak bersalah

 


Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencedeerakan dan memukuI bekas isterinya, Selasa lalu.


Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.


Tertuduh diwakili Haziq Aizuddin Subhi mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.



Kelmarin, penyanyi itu ditahan polis selepas dipercayai memukuI bekas isterinya, Ayu atau Nur Shahira Ayu Zahiri, 27, di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.


Kejadian dipercayai berlaku ketika maangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suuspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.


Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana maangsa dikatakan enggan bergambar dengan suuspek, sehingga artis itu didakwa maarah dan memukuI badan wanita berkenaan menyebabkannya Iebam serta anggota badan sakiit.



Radhi dan Ayu disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak kira-kira 4.20 pagi, 25 Mac 2019.


Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak berusia enam dan tujuh tahun.


Selepas bercerai, Ayu dan anaknya menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.