Header Ads

Saya ada hak dalam mempertahankan diri jika sesuatu tuduhan itu dilihat melampau dan keterlaluan, kata peguam

 


Nurul Hafidzah Hassan menganggap pelakon Nabila Huda dan pengacara Awal Ashaari bersifat kebudak-budakan apabila melabelnya gila glamor selepas dia menjadi tular berikutan membela Siti Bainun dalam kes penderaan kanak-kanak sindrom down, Bella.


Nurul Hafidzah berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dan dua orang pelakon, jika ingin melahirkan rasa tidak puas hati, seharusnya marah kepada orang yang menyaman mereka.


"Saya rasa perkara tu (apa dibuat Nabila dan Awal) sangat picisan, benda tu tidak dapat membuat sesuatu perdebatan secara fakta. Sebenarnya bagi saya ia agak lucu sebab saya rasa macam kiddish begitu.


"Apa yang saya lakukan seperti hantar surat tuntutan saman semua itu ialah proses biasa untuk membawa sesebuah kes ke mahkamah.


"Mereka sepatutnya marah orang yang saman mereka, bukan marah pada peguam. Peguam hanya melaksanakan tugas,” katanya kepada mStar.


Nurul Hafidzah diminta mengulas mengenai tindakan Nabila Huda dan Awal Ashaari yang memuat naik posting di media sosial dengan menuduh dia suka mencari publisiti.


Kedua-dua artis itu turut terkait dengan kes saman yang mana Nurul Hafidzah merupakan peguam dilantik mewakili pihak plaintif bagi menyaman mereka.


Awal pernah disaman oleh sebuah syarikat hiasan dalaman kerana memfitnah berhubung kerja-kerja pengubahsuaian rumah.


Sementara Nabila Huda pula dikatakan menulis posting dengan menuduh seorang aktivis kemanusiaan menyalahgunakan barang-barang maangsa banjir.


Nurul Hafidzah kemudian menjadi medan kutukan netizen selepas dia membela Siti Bainun berhubung pendeeraan terhadap Bella yang turut mendapat perhatian masyarakat.



Selain itu, Hafidzah yang sering menerima kecaman sejak kebelakangan ini berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk terus membencinya.


Bagaimanapun, dia juga mempunyai hak dalam mempertahankan dirinya jika sesuatu tuduhan itu dilihat melampau dan keterlaluan.


"Kalau mereka buat begitu supaya orang benci saya, saya tak boleh buat apa-apa... saya jadi diri sendiri saja.


"Terpulang kepada mereka. Cumanya jika mereka bercakap begitu boleh timbulkan kesan lain, saya juga berhak pertahankan diri," ujarnya.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.