Header Ads

Saya bimbang kesihatan saya akan terjejas untuk kali ketiga. Saya Takut Jadi GiIa Balik, kata Yassin Sulaiman

 


Bekas penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merayu Mahkamah Majistret membenarkan dia diikat jamin berikutan masalah kesihatan mentaInya yang teruk.


Dipetik dari Malaysia Gazette, Yasin, 46, memberitahu prosiding di Mahkamah Petaling Jaya bahawa kesihatannya terjejas dan keadaan bipoIarnya mungkin menyeerang semula.


“Saya diberi bekalan perubatan (semasa perintah reman) tetapi saya memerlukan ubat tambahan. Saya bimbang kesihatan saya akan terjejas untuk kali ketiga. Saya Takut Jadi GiIa Balik,” katanya selepas pihak pendakwaan dan pembelaan memberi hujah di Mahkamah Majistret hari ini.



Terdahulu, Yasin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengusahakan 17 pokok gaanja di rumahnya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.


Selain itu, tiada pengakuan direkodkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar 214 gram gaanja. Yasin tiba di mahkamah pada pukul 10.00 pagi di bawah pengiring polis.


Ketika ditemui pemberita, Yasin turut menggesa Ahli Parlimen (AP) Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman memperjuangkan hak menggunakan gaanja untuk tujuan perubatan.



“Kirimkan salam saya kepada YB Syed Saddiq Abdul Rahman, minta beliau menyegerakan hak menggunakan gaanja untuk tujuan perubatan di Parlimen,” tambahnya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mei ini.

Sumber : Murai

No comments:

Powered by Blogger.