Header Ads

Saya buat silap lepas tunang baru tanya income tunang, camne nak hidup gaji laki RM1100, kata bekas tunang

 


Penafian : Gambar hanya sekadar hiasan

Baru-baru ini viral di media sosial satu status dari seorang wanita yang menjawap  persoalan yang dilemparkan pemilik akaun Twitter @localrkyt tentang 'macam mana nak tanya gaji atau keadaan kewangan lelaki tanpa nampak materialistik? Sebab tu benda penting kan?'


Malah wanita terbabit yang dipercayai berusia 35 tahun turut mengakui terkejut dan bimbang apabila mengetahui gaji tunangnya hanya RM1,100.


"Saya silap. Dah tunang baru tanya, gaji dia RM1,100 lepas tu saya 'cuak' la sebab macam mana nak hidup dengan gaji suami banyak tu. Saya suruh dia cari pendapatan sampingan tapi dia banyak alasan dan akhirnya saya minta putus tunang. Settle!," ciapnya ringkas pada Selasa.


Hantaran yang dibuatnya itu mendapat hampir 8,000 tanda suka selain diulang kicau lebih 4,000 pelayar Twitter.


Semestinya kelompok wanita akan menyokong pandangan tersebut dan menyifatkan jumlah gaji yang rendah tidak dapat menampung kehidupan dua orang walaupun perhubungan bermula atas dasar cinta.


Ia berikutan, kos kehidupan seharian termasuk bayaran rumah sewa juga sudah hampir ribuan ringgit dan ia tidak termasuk perbelanjaan bulanan untuk ke tempat kerja.

Anehnya, hantaran yang disifatkan sebagai materialistik oleh segelintir individu turut mendapat persetujuan kaum adam kerana ia dianggap relevan dan rasional.


"Kepada semua wanita, jadilah bijak seperti dia.


"Lelaki yang terasa dengan twit ini, anda perlu menilai diri sendiri.


"Sebagai seorang ayah kepada anak perempuan, saya faham apa yang dimaksudkan. Tapi sejujurnya, saya pun mula dengan gaji RM950,tapi at the end of the day terpulang kepada si lelaki tu macam mana dia nak usaha dapat duit lebih. Kalau malas, baik tinggal," tulis beberapa pelayar lelaki.


Sokongan terhadap tindakan wanita itu dibuat berikutan sikap bakal suaminya yang tidak mempunyai inisiatif untuk menambah atau mencari pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan.


"Ramai pula cakap macam-macam kat petikan Twitter. Nanti dah berkahwin makan hati pula tak cukup itu, tak cukup ini. Siapa cakap gaji RM1,100 cukup adalah tak berpijak di bumi yang nyata, sekarang ni semua mahal.


"Keputusan awak sangat tepat. Memang betul susah senang bersama tapi dalam era sekarang, RM1,100 memang tak cukup untuk sara dua orang. Lagi-lagi bakal suami tu sendiri tidak sanggup melakukan apa sahaja bagi menambah pendapatan sendiri.


"Memang la kahwin ni kau terima dia, dia terima kau. Tapi terima tu daripada segi fizikal dan mental. Macam mana nak bagi nafkah jika sukar untuk survive dengan RM1,100?


"Tenang semua. Kakak tu dah suruh tunang dia cari pendapatan sampingan untuk buat tambahan gaji, jadi tak salah sebenarnya tindakan dia. Kewangan sangat penting dalam perkahwinan, silap tunang dia kat sini... bila dia malas nak cari pendapatan sampingan.


"Kalau gaji dia rendah tapi mahu cari pendapatan sampingan, usaha... itu akan jadi cukup. Bukan sebab gaji dia RM1,100, kemudian ada pula yang twit tak adil lelaki yang kena cari itu dan ini sedangkan lelaki memang tanggungjawab dia besar. Tak payah kahwin kalau tidak mampu," kata beberapa netizen.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.