Header Ads

Saya minta orang ramai jangan berdebat lagi pasal kes ini, kata Sam Ke Ting

 



Peguam yang mewakili kerani, Sam Ke Ting berkata, anak guamnya menyeru orang ramai yang memperkatakan mengenai kesnya, tidak menimbulkan isu perkauman, sebaliknya memandangnya sebagai isu sejagat.


Muhammad Faizal Mokhtar berkata, Sam kecewa kerana terdapat pihak yang menyalahkan sistem kehakiman apabila dia menang di Mahkamah Majistret dengan mendakwa sistem kehakiman sudah rosak.


"Bagi tertuduh, dia adalah seorang yang percaya dengan kedaulatan undang-undang dan akur dengan sebarang keputusan mahkamah.


"Isu yang tertuduh sendiri faham ialah ia membabitkan nilai nyawa manusia, jadi kes ini bertembung dengan isu kebebasan seseorang tertuduh selagi dia tidak dibuktikan bersalah.

"Jadi dua isu ini yang diperjuangkan oleh saya iaitu selagi tidak dibuktikan bersalah maka dia tidak boleh dipenjarakan.


"Pada masa sama timbalan pendakwa raya perjuangkan mengenai nilai manusia," katanya.


Muhammad Faizal berkata, anak guamnya berada dalam keadaan baik di penjara dan berterima kasih kepada keluarga, rakan serta persatuan yang menyokongnya.


Terdahulu, Sam dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan di sini.


Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebulat suara membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.