Header Ads

Saya ni kena gam stesen TV ke? Lama dah tak dapat job, tanya Shuk Sahar

 


Dek kerana terpalit dengan beberapa kisah kontroversi rumahtangganya, pelawak terkenal yang juga merupakan bekas pengajara DJ Shuk Sahar mengakui namanya kini ditolak stesen televisyen.


Biarpun menyedari hal itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berharap stesen TV mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan perkara itu secara rasmi kepadanya.

Pelawak dan pengacara berusia 36 tahun ini juga berkata, dia ingin tahu berapa lama namanya akan disenarai hitam pihak berkenaan.

"Sebenarnya ada beberapa kali saya dah 'lock job' tapi bila nak mula shooting saja, tiba-tiba stesen TV tak lulus. Saya sendiri tak faham, adakah saya betul-betul kena 'banned'?


"Sebab tak ada kenyataan atau surat. Kalau betul-betul saya kena 'banned', tolonglah bagi surat atau beritahu tempoh masa. Supaya saya dapat atur kehidupan.


"Katakan saya kena banned enam bulan, jadi saya ada masa itu untuk aturkan kehidupan saya macam mana. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan," katanya kepada mStar.


Selain isu curang, Shuk juga pernah terkait kontroversi melibatkan pelakon Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai babak rog0I dalam sebuah program temu buat pada Oktober tahun lalu.

Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak rog0I tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang tidak mahu lagi menyokong karier pelakon itu.


Sejak timbulnya kontroversi itu, bekas pengacara program Mic On dan I Can See You Voice itu tidak lagi kelihatan dalam mana-mana program TV.


Gara-gara kehilangan sumber pendapatan utama dalam bidang seni, Shuk juga terpaksa menjual rumah miliknya dengan harga RM1.2 juta.



Berkongsi mengenai perkara itu, Shuk melahirkan rasa syukur apabila akhirnya rumahnya dibeli oleh seorang usahawan muda.

"Alhamdulillah, rumah saya dah ada orang beli. Dia seorang usahawan yang muda daripada saya. Kebetulan dia menyewa di kawasan itu dan mencari rumah di kawasan itu.


"Dah jual pun rumah itu... memang sedih sebab rumah pertama saya. Masa itu juga saya masih bekerja di Hot FM, saya guna semua duit untuk ubah suai rumah itu.


"Tapi tak sangka macam-macam jadi sehingga saya terpaksa jual rumah. Sebab saya tak dapat nak tanggung kehidupan. Shooting pun dah tak ada, daripada kena lelong baik jual.


"Dapat duit sikit, dapat guna untuk teruskan kehidupan saya sekarang. Sebab setakat ini perniagaan dan buat review menjadi punca pendapatan saya," ujarnya.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.