Header Ads

Saya tidak kahwin senyap-senyap dengan jutawan sebelum puasa, baru dalam fasa kenal hati budi, kata Mawar Karim

 


Baru-baru ini tular khabar angin di media sosial yang mengatakan Mawar Karim sudah berkahwin dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan sebelum Ramadan lalu dinafikan usahawan itu.


Bagaimanapun Mawar, 33, mengakui kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang lelaki yang dikenalinya sejak tahun lalu.


Bekas isteri Fizo Omar itu memohon orang ramai mendoakan rumah tangga yang bakal dibina itu berkekalan.


"Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang.



"Saya harap doakan yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi,


"InsyaAllah dalam tahun ni, saya minta doa semua. Tapi tunggu dulu kes mahkamah selesai dulu kot baru fikir pasal tu," 

Mawar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu.


Ketika ditanya, lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, Mawar berkata individu itu hanya orang biasa yang mempunyai perniagaan sendiri.


Dia juga enggan mengulas lanjut tentang status lelaki yang bakal menjadi suaminya.



"Status saya mengenali seseorang sekarang ni dan dia orang biasa sahaja.


"Saya dah mengenali orang tersebut dah hampir setahun. Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut.

"Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa," ujarnya.


Untuk rekod Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.