Saya tukar nama sebab orang keliru sama ada saya Islam atau bukan, kata Eranzz Lambert

encik gotenks
0

 




Penyanyi, Eranzz Lambert membuat keputusan untuk menukar nama pentasnya kepada Shah Eranz selepas ada pihak yang keliru dan mempertikaikan sama ada dia beragama Islam atau tidak.


Eranz berkata, ada orang keliru dan bertanya sama ada dia beragama Islam atau bukan.



"Saya memang sukakan nama Lambert itu, namun pada masa sama ia agak menyusahkan apabila mula timbul keraguan. Jadi, untuk elakkan fitnah, saya tukar," katanya yang juga bekas peserta All Together Now Malaysia dan Vokal Mania.


Eranz atau nama sebenarnya Shah Iran Shahdan berkata, dia bagaimanapun mengekalkan huruf 'Z' di hujung namanya atas sebab-sebab teknikal.



"Huruf 'Z' itu saya kekalkan sebab di YouTube, orang dah kenal saya dengan ejaan nama Eranz. Jadi, saya kekalkan ejaan itu," katanya.


Terbaharu, Eranz kini hadir dengan lagu Raya berjudul Riang Ria Lebaran yang disampaikan secara berkumpulan dengan enam penyanyi lain iaitu Ayu Damit, Bob Yusof, Asmidar, Syura Badron, Fitri Hiswady dan Aruel Ariel.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top