Header Ads

Selalu mem'boddo'kan orang lain, Ustaz popular terima teguran dari netizen

 


Banyak teknik yang digunakan oleh penceramah mahupun mereka yang selalu memberikan kata-kata di depan orang ramai. Ini kerana untuk menarik perhatian mereka yang mendengar dan mengelakkan dari mereka bosan.


Namun ada juga yang terasa hati kerana dikatakan gurauan itu agak kurang sopan. Perkara ini telah didedahkan oleh seorang pengguna facebook bernama Asraff Jeffery melalui satu hantaran di Facebooknya, seorang ustaz popular ini selalu menggunakan perkataan ‘bodoh’ dalam dialek Terengganu ketika berceramah.


Beliau yang agak tersinggung telah membuat hantaran berikut sebagai teguran agar kita sama-sama dapat bermuhasabah dan memperbaiki diri di bulan Ramadan yang mulia ini.


Saya ada tengok video seorang Ustaz yang popular dengan ‘BODDO’ jawab soalan penonton tentang layakkah seorang Muslim mem-boddo-kan orang lain.


Ustaz itu memberi alasan sebab semua antara kita asalnya bodoh, bila diajar baru jadi cerdik.


Kemudian ditambah lagi supaya terus berterus-terang. Kalau tak nak guna kurang cerdik, boleh sebut bodoh. Dan tak perlu sebut Non-Muslim tetapi terus sebut kafir. Anda boleh cari sendiri video tersebut.


Saya terus teringat firman Allah dalam surah Taha ayat 43 dan 44;


“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.


“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.


Ayat ini diturunkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk pergi berdakwah kepada manusia yang mengaku dirinya Tuhan. Allah pesan supaya Nabi Allah berdua guna kata-kata yang lembut, bukan kata-kata yang kasar.


Yang mana kita nak ikut?


Ramai pengikutnya mempertahankan amalan Ustaz tersebut katanya ‘BODDO’ dalam loghat Tganung bersifat manja. Saya pun belajar di Terengganu dulu.


Tapi manja tak manja perkataan itu, cuba ada kawan sembang dengan kita, dia sebut BODDO dekat mak ayah kita, manja lagi ke tak? Nak sebut dekat ibu bapa orang lain pun kita fikir tiga empat kali walaupun dengan niat bergurau.


Kenapa dalam banyak-banyak perkataan yang ada di atas muka bumi ini, perkataan itu juga yang digunakan?





Bila kita berdakwah, kita kena jaga hati semua pihak. Tidak boleh buat sesuatu yang membuatkan pendengar rasa tidak selesa. Bukan tiada perkataan lain yang lebih mesra untuk digunakan, banyak.


Ustaz tidak maksum, mereka tidak lari dari melakukan kesalahan. Yang masuk ke dalam Syurga Allah bukanlah orang yang alim. Yang mulia di sisi Allah, bukanlah Ustaz. Tetapi mereka yang bertaqwa. Dan adakah orang yang bertaqwa pada Allah akan membenarkan kata-kata kesat?


Pesan saya, jangan sesekali taksub pada susuk tubuh seseorang atau apa-apa sahaja kecuali pada Allah. Benar, mungkin Ustaz itu hebat, dia banyak ilmu, tampak beriman tetapi selagimana dia adalah manusia, dia tidak akan lari dari kesalahan. Perkara yang baik kita ambil, yang buruk kita tegur. Ini perangai Mukmin.


Belajar untuk letak sempadan.


Selamat berpuasa.


Sumber: Facebook Asraff Jeffery

No comments:

Powered by Blogger.