Baru-baru ini viral satu posting di media sosial yang dikongsikan Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) yang memaparkan kisah seorang anak lelaki yang meninggal dunia sewaktu menjaga ibunya dipercayai akibat darah tinggi di kediaman mereka di Puchong, Selangor petang semalam.
Kisah yang sungguh mengharukan ini memaparkan jenazah Allahyarham Mohd Feisal Izrael di sisi ibu yang terlantar di atas katil.
Berikut adalah posting penuh yang memaparkan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya dari seorang anak kepada ibu tersayang.
Meninggal Disisi Ibu😭.
Puchong, 29 April 2022.
Sedang ramai tidur lena seawal jam 4 pagi kami masih Bertugasan.
Allahyarham Mohd Feisal, 62 Tahun Meninggal Dunia Di samping ibunya.
Sedang berpuasa, Di bulan Ramadan, Menunggu waktu, tak sempat berbuka puasa bersama keluarga.
Perginya Dibulan Yang Baik.
Allahyarham Adalah seorang anak yang baik. lama Menjaga ibunya yg uzur dan sakit..
Allah Swt Lebih menyayangi Allahyarham di akhir2 Ramadan dijemput Allah ketika menjaga ibunya. Di sebelah ibunya, asbab Kematian Allahyarham, daarah tinggi.
Ketika waktu nak berbuka puasa Menantu dan anak Allahyarham pulang ke rumah, Ketika mereka masuk ke bilik nenek, ingat kan ayah mereka sedang tidur. Bila cuba dikejutkan Rupanya si ayah telah meninggal dunia. Di samping nenek.
Anak Menantu telah hubungi talian keceemasan. Utk pengesahan Kemaatian. keputusannya asbab ayah diseerang daarah tinggi.
Menantu hubungi kami PSSK Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih untuk uruskan jenazah.
Tanpa berdolak dalik terus berbakti.
Jenazah Diambil dirumah mereka di puchong Alpinia, diuruskan di Bilik wakaf PSSK seawal jam 4pagi, Sukarelawan bertugasan Haji Azizan, Abg Mail Satun, Anak abg mail Satun, anak haji Azizan, Shafiq Trak Tunda callman dan diketuai Jurumandi Ustaz Shuk Puchong PJJJ.
Jenazah selamat diuruskan mandi kafan solat doa.oleh Team PSSK.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan islam Putrajaya pagi ini jam 9 pagi atas permintaan waris..
Jenazah telah dibawa ke masjid Tunku Mizan zainal Abidin Putrajaya, hanya di kawasan Perkarangan luar Parking Masjid shj.
Kerana salah seorang imam masjid maklum Ada Qiyamullail katanya.
Ketika Haji Azizan bertanya dan maklum. 😭
Alangkah indahnya jika islam itu yang indah dipermudahkan uruskan jenazah masukkan ke dalam rumah Allah..
Tindakan awal haji Azizan bawa jenazah ke perkarangan Masjid atas arahan keluarga, walaupun telah dicadangkan Biarlah jenazah di surau Bilik wakaf kami dahulu .pagi nanti baru sambung bawa ke masjid.
Tetapi waris tetap mahukan dibawa ke masjid Putrajaya . kerana hendak mengelak kesesakan di pagi hari.
Haji Azizan beransur pulang, tinggalkan van dan jenazah Didalam nya bersama waris yg menunggu, Tugasan nak menghantar anak ke sekolah.
sementara menunggu waktu siang bgcik akan pergi untuk menyambung bawa jenazah ke kubur. Jam 9pagi.
Wallahhualam...
Allah Hu akbar.
Semoga tenang disana, Dan Syurga Buat Anak Yang Soleh ini... Allahyarham Mohd Feisal Bin Izrael...
Sumber : FB Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK)