Header Ads

Shuib turun berat badan 9kg sebab tak selera nak makan

 


Puasa tahun ini pastinya adalah berbeza seperti sebelum ini kerana Shuib menjalaninya tanpa isteri tercinta yang sudah mengadap illahi.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan arwah.


“Kami selalu buat aktiviti bersama termasuk bab makan dan mencari restoran yang sedap. Sekarang ini susah untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasakan seperti tidak lengkap.


“Ada satu hari saya terjumpa sebuah restoran yang memang menyajikan menu sedap tetapi ketika itu saya fikir alangkah indahnya jika arwah masih bersama.


“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan arwah. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” ujar Shuib kepada mStar.


Dalam pada itu, Shuib berkata, selera makan yang masih tidak menentu menyebabkan berat badannya semakin menurun.


Namun, demi anak-anak, Shuib berkata, dia cuba memaksa diri untuk makan agar kesihatannya tidak terjejas.



“Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak sakiit demi anak-anak. Saya paksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera.


“Berat badan saya menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini. Kalau hitung-hitung dan ikutkan selera sekarang ini, boleh turun lagi sepanjang bulan Ramadan ini,” ujarnya.


Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.


Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0vid-19.


Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.