Header Ads

Tahan ratusan pelarian Rohingya bagi tempoh lama Ianggar hak asasi, kata Naib Presiden Umno

 


Kerajaan pusat digesa segera melakukan siasatan komprehensif dan telus serta mengumumkan dapatan siasatan itu kepada awam berhubung insiiden ratusan tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Kedah.


Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata bahawa menahan pelarian bagi tempoh yang lama tanpa kejelasan tentang kesudahan terhadap nasib dan masa depan mereka adalah peIanggaran hak asasi manusia.


"Ia juga adalah pembaziran kepada wang rakyat apabila semua ini melibatkan pembiayaan Kerajaan sepenuhnya.


"Sebagai anggota Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022 hingga 2024, Malaysia mesti menunjukkan iltizam untuk mengurus dasar-dasar berkaitan pelarian dengan lebih telus, bertanggungjawab dan bersandar keselamatan insan," katanya dalam tulisan di Facebook hari ini.



Tambahnya, tahanan baru mesti segera didaftarkan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).


"Mereka yang telah berdaftar dan mempunyai kad, mestilah segera dibebaskan," katanya.


Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin sebelum ini berkata pelarian etnik Rohingya itu dipindahkan daripada Kem Wawasan Langkawi setelah meIanggar Akta Imigresen dua tahun lalu dengan menceroboh perairan negara.


Selain itu, Khaled menyarankan agar kumpulan pelarian seumpamanya dibenarkan untuk bekerja, sekali gus negara tidak perlu mengimport jutaan pekerja tidak berkemahiran melalui “pelbagai MOU yang merumitkan”.



“Ini akan membantu mereka membangun kemahiran, membiayaai kehidupan sendiri dan mengurangkan beban kerajaan.


“Kerjasama erat dengan UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) mesti dipertingkatkan agar mereka boleh segera dipindahkan ke negara penerima dan memulakan kehidupan baru di negara-negara tersebut,” katanya.


Pada awal pagi Rabu seramai 528 tahanan melarikan diri setelah tercetus rusuhan di pusat tahanan itu. Setakat ini, seramai 130 tahanan iaitu 99 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan belum dijumpai.


Enam orang dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika cuba melintas Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

Sumber : MaIaysiaKini

No comments:

Powered by Blogger.