Header Ads

Tragedi basikal lajak: Kesalahan Sam Ke Ting berjaya dibuktikan

 


Mahkamah Tinggi di sini, mensabitkan kerani wanita, Sam Ke Ting atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kemaatian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu, selepas berpuas hati kesalahan responden berjaya dibuktikan mengikut Sesyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakiman penuhnya berkata, pihak responden turut didapati gagal mengemukakan pembelaan pada peringkat pendakwaan perbicaraannya.


Abu Bakar berkata, kenyataan tidak bersumpah wanita berusia 27 tahun itu dari kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya untuk membela diri, adalah penafian kosong semata-mata yang difikirkan kemudian.


"Responden (Sam) dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemaIangan dan ada kenderaan lain yang meIanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri. Namun versi ini tidak pernah ditimbulkan responden semasa kes pendakwaan.


"Mahkamah Bicara (Mahkamah Majistret) terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan responden tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan khasnya responden yang memandu keretanya secara merbaahaya, mengambil kira keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit.

"Mahkamah Bicara turut terkhilaf apabila menerima pembelaan responden yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu keretanya secara merbaahaya sehingga meng0rbankan lapan mngsa.

"Responden seharusnya memandu keretanya dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan itu. "Responden juga sepatutnya menyedari kawasan kemalangan itu pencahayaannya tidak begitu terang pada 3.20 pagi ketika kejadian berlaku, tambahan jarak penglihatan ke hadapan agak terhad.


"Sehubungan itu, responden seharusnya sedar ada risiko yang mungkin boleh berlaku jika memandu keretanya melebihi had 50 kilometer sejam sebelum sampai di tempat kemalangan," katanya dalam penghakiman penuhnya.


Kelmarin, Mahkamah Tinggi di sini, dilaporkan mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Sam daripada kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kemaatian lapan remaja berbasikal lajak, pada 2017.



Sam turut diperintah menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.


Dalam tragedi berdaarah yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017, lapan remaja berbasikal lajak terk0rban dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedeera diremp0h kereta suuspek.


Dalam penghakiman penuhnya itu lagi, Abu Bakar berkata, responden dalam pembelaannya turut gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan.


Katanya, sebaliknya pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


"Mahkamah ini oleh itu mengakaskan (mengenepikan) keputusan Mahkamah Bicara yang melepas dan membebaskan responden di akhir kes pembelaan.


"Mahkamah ini selanjutnya memutuskan responden adalah bersalah dan disabitkan pertuduhan Sesyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.