Header Ads

Umur semakin meningkat , Kim Tae-ri serius mencari cinta

 


Cemerlang dalam kerjaya lebih menjadi fokus utama kebanyakan selebriti Korea berbanding perkahwinan, dan tidak ramai yang memilih berkahwin muda.


Bagi pelakon Kim Tae-ri, 31, dia mungkin salah seorang selebriti wanita Korea yang masih mencari-cari cinta.


Katanya, hingga kini dia tidak pernah ada pengalaman cinta pertama.


"Umur dah 31 tahun, tapi saya masih belum ada kekasih. Dan sebenarnya, saya pun tak pernah ada pengalaman indah merasai cinta pandang pertama itu.


"Sehingga kini, jujurnya saya bukan seorang wanita romantik yang seperti dipertontonkan dalam drama dan filem. Saya orangnya biasa-biasa saja," katanya.


Tae-ri berkata sebab tiada kekasih juga, dia jarang mendapat peluang melakonkan babak romantik dan intim dalam dramanya.



"Saya tak pernah terfikir menyukai seseorang. Jadi, khuatir juga jika ditakdirkan saya tidak bertemu jodoh dengan mana-mana lelaki hingga ke akhir hayat.


"Namun, jika saya dapat bertemu dengan seseorang yang dicintai suatu hari nanti, mungkin saya terus kata kepadanya, 'saya mahu awak jadi milik saya'," katannya.


Tae-ri yang hampir lapan tahun aktif berlakon sejak 2014, kini gembira drama lakonannya, Twenty-Five Twenty One cukup menjadi perhatian ramai. Malah, wataknya sebagai Hee-do dipuji.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.