Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi berbakat besar Yonnyboii sudahpun menamatkan zaman bujangnya tidak lama dulu dengan seorang wanita bernama Nik Nazira.
Baru-baru ini Yonnyboii ada meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana netizen mengecam teruk isterinya yang mengumumkan keputusannya yang dia kini tidak lagi berhijab.
Ujar Yonny, keputusan itu dibuat atas pilihan isterinya dan berharap orang ramai dapat menerima penampilannya itu.
“Bagi saya benda tu normal dan kita tak boleh nak hentikan orang daripada bercakap.
“Sedih memang sedih sebab saya tengok isteri saya sedih.
“Saya hanya yakinkan dia untuk kuat hadap benda ni. Kami terima sahaja,” katanya kepada mStar.
Untuk rekod, penyanyi muda ini berkahwin pada bulan November 2021 dalam sebuah majlis di Duchess Place, Ampang.
Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nik Nazira Narriman pada 9 Oktober lalu selepas sebulan bercinta.
Sumber : mStar Online