Header Ads

Bermula 13 mei ini, Maybank akan naikkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)

 


Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.



Maybank dalam kenyataan berkata, Kadar Asas (BR) Maybank akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun, manakala kadar Pinjaman Asas (BLR) akan dilaras daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus.


Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun dan daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus masing-masing.



Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022.


Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 9 Julai 2020 apabila ia dikurangkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 1.75 peratus setahun berikutan penurunan OPR dengan kuantum yang sama

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.