Header Ads

Kerana inginkan keunikan, warga Rohingya sengaja 'Iekat' cincin pada kemaIuan

 


Sengaja tempah bala apabila seorang lelaki warga Rohingya berdepan kesakiitan luar biasa gara-gara tindakannya menyarung cincin besi pada kemaIuan.


Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan terpaksa pergi ke Jabatan Keceemasan dan Trauma Hospital Ampang di sini, bagi mencabut cincin berkenaan yang tersangkut pada kemaIuannya sekitar jam 9 malam tadi.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan, petugas hospital bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah bagi membantu maangsa.


Menurutnya, sepasukan anggota bomba BBP Pandan Indah kemudian bergegas ke hospital sebelum tiba jam 9.23 malam.


"Setiba di lokasi, kami mendapati cincin itu masih tersangkut pada alat suIit peIarian Rohingya itu.


"Susulan itu anggota bomba segera melakukan operasi memotong dan mengeluarkan cincin logam itu menggunakan peralatan khas dibawa," katanya.


Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa lebih satu jam bagi menyelesaikan tugasan itu.


"Maangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.