Header Ads

Masih tak puas sambut aidilfitri, Sharifah Rose reda cuti rayanya 'dirampas'

 


Pelakon semakin meningkat naik Sharifah Rose reda apabila cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ‘dirampas’ dengan jadual kerja yang padat pada tahun ini.


Akui pemilik nama lengkap Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 24, itu, sambutan hari lebaran 2022 sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana perlu kembali ke set penggambaran pada minggu pertama Syawal.


“Sambutan raya saya pada tahun ini berbeza sebab saya sibuk dengan penggambaran drama yang sedang ditayangkan iaitu Do You Love Me Captain.


“Sebelum ini memang saya dapatlah habiskan masa sepanjang hari raya sebulan dengan keluarga dan kawan-kawan tetapi tahun ini tidak, cuti cuma beberapa hari sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Ujarnya lagi, peluang untuk menikmati keseronokan hari raya pada tahun ini juga agak terbatas selain tidak dapat bercuti selama sebulan seperti sebelum ini.


“Jika dulu saya boleh beraya sebulan dengan keluarga dan kawan-kawan tetapi jadual sangat padat tahun ini,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Rose yang terkenal menerusi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard memberitahu individu yang paling dirindui setiap kali Syawal menjelma ialah arwah nenek belah ibunya.


“Saya paling rindu momen beratur dengan sepupu bersalaman dengan nenek untuk dapat duit raya, memang meriah sangat waktu tersebut.


“Selain itu, ketika nenek masih ada, saya dan ibu selalu menganyam ketupat bersama. Namun, selepas nenek meninggal dunia, saya tak anyam ketupat lagi.


“Sejak nenek meninggal dunia ketika usia saya tujuh tahun, kemeriahan dan keakraban pada hari raya tidak sama lagi seperti dahulu,” tambahnya.


Sebagai info, namanya semakin dikenali ramai menerusi drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard selepas menerima kecaman hebat susulan lakonannya yang dikatakan agak kaku. 

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.