Mimi akui dia kini terlalu bahagia , diulit cinta jejaka Afrika

encik gotenks
0

 


Tiada istilah serik dalam kamus hidup penyanyi Mimi Fly walaupun pernah melalui episod kegagalan rumah tangga dan mempunyai pengalaman cinta dibina putus di pertengahan jalan.


Walaupun dua situasi itu cukup menyakitkan, namun, ia bukanlah alasan untuknya menutup pintu hati menerima kehadiran cinta baharu.


Tidak bercakap kosong, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham mengakui kini sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki berkulit hitam yang menetap di luar negara.


"Jujurnya, saya sudah menemui seseorang. Dia lelaki berkulit hitam dan bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang. Kami menjalinkan hubungan jarak jauh kerana dia menetap di Amerika Syarikat (AS) disebabkan urusan kerja.


"Kami berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sedang bercuti. Saya gembira dengan hubungan terjalin kerana ia lebih kepada persahabatan.


"Disebabkan berjauhan, kami hanya berhubung menerusi mesej dan menggunakan aplikasi Facetime.


"Bagaimanapun, saya ada mengajar teman lelaki untuk belajar berpuasa dan berkongsi mengenai kemeriahan sambutan Aidilfitri di Malaysia," katanya kepada BH Online.



Ini juga bukan kali pertama bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu bercinta dengan lelaki berbangsa asing. Sebelum ini, Mimi pernah berpacaran dengan jurulatih kecergasan, namun hubungan tidak mampu bertahan lama.


Ditanya tidakkah bimbang jika pilihan hatinya itu bakal mengundang persepsi negatif oleh mereka yang skeptikal dengan lelaki Afrika, penyanyi lagu Superfly itu menegaskan, dia tidak akan tergugat dengan apa sahaja anggapan dan kata-kata nakal dilemparkan.


"Saya tak pernah takut pandangan orang mengenai perhubungan ini. Bukan saya menolak cinta lelaki Melayu, tetapi apa yang boleh dikatakan, kebanyakannya sering berasa tercabar dengan cara saya bawa diri.


"Ini berbeza dengan teman lelaki kerana dia seorang berfikiran terbuka. Malah, berkawan dengannya membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.


"Buat masa ini, kami tidak meletakkan sebarang label mengenai hubungan ini. Rasanya lebih baik begini.


"Sekurang-kurangnya, ia tidaklah memberi tekanan kepada kami. Apa yang penting, kami gembira dengan perhubungan ini walaupun bercinta jarak jauh. Kalau dekat dan selalu keluar 'dating' mungkin cepat jemu," ungkap Mimi.


Mengulas pandangan keluarga berhubung jejaka pilihannya itu, Mimi meluahkan rasa syukur kerana mereka tidak pernah masuk campur soal peribadi dan pilihan hatinya.


"Keluarga tidak kisah siapapun calon suami saya. Bagi mereka, apa yang penting adalah kebahagiaan Mimi," kata penyanyi berusia 36 tahun ini.


Terdahulu, penyanyi tinggi lampai ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.



Mengulas perkembangan kerjaya seni, Mimi berkata, dia mempunyai beberapa single yang menanti untuk dilancarkan.


Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu terburu-buru dan mengambil iktibar kejadian yang pernah berlaku sebelum ini


"Buat masa ini, saya tidak berhasrat muncul dengan single baharu. Memang ada beberapa lagu menanti untuk dilancarkan, namun saya untuk menangguhkannya.


"Sebelum ini, saya tidak pernah keluarkan lagu ketika era pandemik, namun, tidak mendapat sambutan. Berdasarkan pengalaman, saya tak mahu terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai.


"Buat masa ini, fokus saya kelas menari yang sedang diusahakan. Insya-Allah, saya akan buka kelas Yoga.


"Minat untuk mendalami ilmu yoga tercetus selepas diperkenalkan oleh penyanyi Atilia," ujarnya.

Sumber : Berita Harian Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top