Neelofa tak 'lupa diri', seorang anak luar biasa, jarang tunjuk air mata, kata Datin Noor Kartini

encik gotenks
0

 


 Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan keperibadian Neelofa yang sentiasa memuliakan kedua ibu bapanya dan sentiasa berusaha memajukan diri terutama dalam perniagaan.


Kartini berkata, Neelofa juga bukan seorang anak yang mudah 'lupa diri', malah sangat mengambil berat mengenai adik-beradiknya.


"Lofa (panggilan Neelofa) ini kalau mama boleh gambarkan dia sangat istimewa. Tiga sikap buat dia berjaya, dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama... dia percaya reda ibu bapa.


"Dari dulu Lofa ada sikap mahu majukan diri sama ada secara peribadi atau luaran. Lofa memang sentiasa mahu jadi lebih baik, dia memang yakin apa pun terjadi sebab itu walau apa ujian kita nampak dia tenang.


"Bila dia berjaya, dia selalu ingat dari mana dia mula dan macam mana dia mula. Lofa juga tak akan lupa adik-beradik lain untuk naik sama-sama tak pernah berkira," katanya yang berkongsi perkara itu di Instagram Story miliknya.



Neelofa adalah anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik termasuk lima berlainan bapa.


Menurut Kartini, Neelofa akan selalu menghubunginya untuk memohon doa dan keberkatan walaupun ketika berada di luar negara.


"Lofa kalau dia kat luar negara ada kerja ke apa-apa walau berbeza masa dia mesti akan hubungi mama minta doa. Jadi, mama malam selalu akan terus mengaji dan doa untuk Lofa.


"Macam dulu masa dia pengacara MeleTOP nak masuk set pun dia akan beritahu mama. Setiap kali habis saja program, masuk kereta benda pertama dia akan buat adalah hubungi tanya mama punya respons.


"Setiap apa dia buat mesti akan tanya mama walau dah besar. Ada sekali itu mama tegur sesuatu. Dia jawab 'okay ma love akan ubah'," katanya.


Tambah Kartini, kasih sayang terhadap anak-anak bukan terhad kepada Neelofa seorang tetapi kesemua anak-anak.



"Bagi mama, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa. Kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanan dia... air mata dia jarang orang nampak.


"Kita semua boleh tengok jihad dia melawan diri dia sendiri ketika di puncak. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula, panggil ustaz, tak pernah berhenti perbaiki diri.


"Mama tahu setiap satu yang Lofa lakukan hari ini tak mudah untuk Lofa. Tapi Allah hadiahkan Lofa rumah tangga yang bahagia, suami yang baik bukti kekuasaan Allah asbab kebaikan yang Lofa buat selama ini.


"Mama cuma nak Lofa selalu kuat untuk mama. Mama akan terus berjuang bersama Lofa dan anak-anak lain. Mama bukan sayang dia seorang, semua anak-anak mama, mama sayang. Cuma mungkin sebab Lofa paling orang kenal," katanya.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top