Header Ads

Rakan selebriti bimbang kehadiran Rita Rudaini jadi penyebab jangkitan C0VlD-19 di lokasi penggambaran

 


Pelakon sensasi Rita Rudaini membuat pendedahan banyak pihak kini tidak senang duduk apabila namanya dipetik untuk diberikan tawaran lakonan daripada beberapa produser tanah air termasuk daripada Zeel Production Sdn. Bhd.


“Sejak semalam viral bila produser @hj.zil (pemilik Zeel Production) beritahu hendak ambil saya untuk berlakon dengannya. Ramai yang tidak senang duduk nampaknya.


“Jangan risau, saya belum beri kata putus lagi. Masih dalam perbincangan. Tapi kalau itu yang tertulis (rezeki berlakon), saya tidak menolak rezeki dari Allah SWT,” kata Rita menerusi satu hantaran dalam InstaStory miliknya.


Ujar pelakon berusia 46 tahun itu lagi, dia sebenarnya telah dihujani banyak tawaran lakonan sejak sebelum puasa, namun terpaksa ditolak dengan cara baik atas sebab tertentu


“Saya nak beritahu sikit dekat netizen-netizen yang panas ‘pungkok’ (punggung) lagi busuk hati. Sebelum puasa lagi dah ramai produser mesej ajak saya berlakon.



“Tapi saya menolaknya cara baik kerana saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Jadi tak payah takut dengan saya,” katanya.


Jelas pelakon filem Mami Jarum itu lagi, dia percaya Tuhan telah melindungi dirinya serta anak-anak kerana hidupnya dikelilingi dengan manusia yang busuk hati.


“Tuhan selalu lindungi saya dan anak-anak sebab ramai rupanya yang busuk hati dengan saya.


“Saya selalu percaya dengan rezeki yang datang daripada Allah SWT yang datang daripada pelbagai sudut dan rupa,” jelasnya.


Dalam satu hantaran berbeza, pelakon asal Perlis itu bahkan turut mendedahkan terdapat juga segelintir rartis tidak berpuas hati apabila dirinya mendapat tawaran untuk kembali berlakon memandangkan status diri yang tidak mendapatkan suntikan vaksin C0vid-19.



Rakan selebriti yang tidak perlu didedahkan identiti itu bimbang jika kehadiran Rita menjadi penyebab jangkitan C0vid-19 di lokasi penggambaran.


“Katanya takut kena C0vid-19 daripada saya yang tidak divaksin. Sebelum ini ‘dia’ kena C0vid-19 daripada siapa?


“Satu set dijangkiti C0vid-19 daripada siapa? Bukan sudah berdos-dos cucuk vaksin ke?” soal Rita.


Dalam perkongsian itu juga, Rita secara sinis meminta pihak produser supaya memberikan watak yang ditawarkan untuknya kepada ‘artis’ tersebut.


“Berilah watak saya untuk artis yang bising tu. Mana tahu senyap nanti,” sindir Rita.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Powered by Blogger.