Saya hormati 'pengakuan putus cinta' Afieq Shazwan, kata Wani Kayrie

encik gotenks
0

 


 "Saya hormati Afieq dan kalau apa pun pendedahan yang dia (Afieq) buat pasti ada sebab sendiri.  Saya pun tak tahu niat dia untuk berbuat demikan," kata penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie, 22, berhubung kisah percintaannya dengan Afieq Shazwan yang putus di tengah jalan.


Baru-baru ini, Afieq, 25, juga penyanyi, pelakon dan pengacara mendedahkan dia kini menutup pintu hatinya untuk bercinta selepas 'kecewa' apabila hubungan istimewa dijalin dengan Wani menemui titik noktah.


Wani dihubungi berkata 'persahabatan rapat' dijalin mereka  itu turut diketahui ibu bapa masing-masing sebab dah kenal sejak dari kecil sehinggalah terpilih menyertai Big Stage 2018.


Katanya, mereka memang sudah berjumpa keluarga.



"Kami berdua pun dah semakin matang dan segala kepercayaan diberikan keluarga kepada kami, termasuk jika ada masalah dalam hubungan pandai-pandai selesaikan. Jadi, kami berdua dah jujur serta bersetuju tidak boleh beri komitmen 100 peratus dalam perhubungan sekiranya bercinta bersama.


"Sebabnya, kami berdua kini masing-masing sibuk kejar kerjaya, nak cari duit bagi menyara keluarga. Oleh itu, kalau nak fokus hubungan cinta sekarang mungkin tidak lagi tapi, cukuplah bersahabat baik saja," katanya kepada Harian Metro.


Mengakui sukar untuk dia memberi komen lanjut berkenaan kisah putus cinta itu, ujar pelakon drama 3 Nota Cinta di TV3 ini, mereka juga sebelum ini tidak pernah 'declare' apa-apa berkaitan hubungan dijalin secara umum.


"Nak komen selebihnya pun, saya taknak menyalahkan dan mengguris hati mana-mana pihak, sebab saya kena hormati pihak keluarga kami berdua. 



"Apapun, hubungan saya dan dia (Afieq) alhamdulillah hingga kini masih baik. Saya okey saja dengan dia dan semuanya tetap okey," katanya.


Sebelum ini, hubungan rapat yang dilabel 'teman tapi mesra' di antara Afieq dan Wani memang terjalin apabila mereka menyertai Big Stage musim pertama pada 2018 lalu. 


Bermula dari situ, kedua-duanya umpama belangkas termasuk Afieq juga pernah menjadi model muzik video lagu Magika nyanyian Wani pada 2019. Begitu juga, mereka berganding menjadi pengacara di Didik TV.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top