Suami terkilan isteri tersayang kantoi berdua-duaan dalam bilik dengan jiran warga Nepal

encik gotenks
0

 



Penafian : Gambar yang digunakan hanya sekadar hiasan

Jaafar dan Salmah (bukan nama sebenar) sudah berkahwin lebih dua dekad. Pasangan berumur pertengahan 40-an itu hidup serba sederhana, namun cukup bahagia.


Hasil perkahwinan tersebut, rumah tangga pasangan merpati sejoli itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki berusia belasan tahun.


Ramai menyangkakan pasangan tersebut akan kekal sehingga akhir hayat memandangkan masing-masing dilihat berjaya memainkan peranan dalam sebuah institusi keluarga.


Namun, sebaliknya berlaku apabila pasangan tersebut memilih untuk membawa haluan masing-masing selepas bercerai di sebuah mahkamah syariah di Kedah.


“Saya betul-betul tidak menyangka perkahwinan kami terlerai jua. Saya seperti tidak percaya pada umur seperti ini, saya terpaksa tinggal bersendirian tanpa kasih sayang seorang isteri.


“Sebagai seorang suami, saya tidak mahu dilabel dayus. Jadi, perpisahan merupakan jalan terbaik dalam perkahwinan kami. Lagi pun anak kami sudah besar panjang,” ujar Jaafar dalam nada sebak kepada K2.


Menurut Jaafar, perpisahan mereka berlaku angkara perbuatan Salmah menduakannya selepas jatuh cinta dengan lelaki muda yang juga warga asing dari Nepal.


Cerita Jaafar yang bekerja di sektor swasta itu, segala-galanya bermula disebabkan sikap isterinya yang mempunyai perwatakan ramah dan mudah mesra dengan semua orang, terutamanya jiran sebelah rumah.



“Isteri saya ini seorang suri rumah yang ramah. Dia selalu beri makanan kepada jiran-jiran. Kebaikan dia ini memang diketahui oleh penduduk di taman perumahan kami.


“Pada satu hari itu, sekumpulan lelaki warga asing berpindah masuk di sebelah rumah kami. Mereka ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di bandar,” terangnya.


Dalam ramai-ramai itu, ada seorang lelaki Nepal dikenali sebagai Kabir cukup rapat dengan Salmah. Cerita Jaafar, mereka berdua selalu menghabiskan masa berbual kosong di luar rumah.


Ulasnya, Kabir yang berusia awal 30-an memiliki rupa paras kacak selain bermulut manis, sekali gus menyebabkan Salmah jatuh cinta kepadanya.


“Saya tidak tahu apa ilmu Kabir ini pakai sehingga Salmah jatuh cinta kepadanya. Saya selalu nampak Salmah bekalkan Kabir makanan sebelum dia keluar bekerja malam.


“Apabila saya tanya, Salmah beritahu tiada salahnya memberi makanan kepada jiran. Tambah-tambah mereka yang berada jauh daripada keluarga,” ceritanya.


Rutin itu berjalan selama beberapa bulan, sehinggalah pada satu hari Jaafar diberitahu oleh salah seorang jirannya bahawa Salmah melakukan maksiat bersama Kabir di dalam rumah mereka.


Menurut Jaafar, Salmah membawa masuk Kabir ke dalam rumah mereka selepas dia pergi bekerja dan anaknya ke sekolah sehingga mengundang syak dalam kalangan jiran sekeliling.


“Saya ada tanya Salmah mengenai gosip berkenaan, namun dia beritahu Kabir masuk ke dalam rumah untuk membetulkan plag elektrik yang rosak.


“Saya mempercayai sepenuhnya tutur kata Salmah itu. Mungkin betul Kabir masuk ke dalam rumah untuk menolong Salmah. Kalau bukan jiran, siapa lagi yang boleh tolong,” jelasnya.


Sehinggalah pada satu hari, Jaafar yang bergegas ke tempat kerja pada waktu pagi terpaksa berpatah balik ke rumah ketika tengah hari apabila tertinggal dompetnya.


Cerita Jaafar, sebaik sampai di rumah, dia terkejut apabila melihat sepasang kasut hitam lelaki berada di depan pintu.



“Saya tidak beri salam, sebaliknya terus masuk ke dalam rumah menggunakan kunci. Selepas masuk ke dalam rumah, tiada kelibat orang di ruang tamu dan dapur.


“Kemudian, saya cuba membuka pintu kamar tidur kami, namun berkunci. Selepas mengetuk hampir lima minit, akhirnya Salmah membuka pintu sedang Kabir berada di dalam tandas bilik kami.


“Saya tanya sebab apa Kabir berada di dalam tandas? Salmah beritahu dia cuba membetulkan pili rosak. Tetapi kali ini, saya tidak terpedaya lagi selepas melihat keadaan katil kami yang kelihatan kusut-masai,” jelasnya.


Meskipun Jaafar tidak nampak apa yang berlaku, namun dia merasakan jalan terbaik adalah menceraikan Salmah daripada hidupnya terus dibelenggu rasa curiga.


Katanya, proses perceraian di mahkamah berjalan lancar, namun hakim menasihati Salmah supaya menjaga batas sebagai seorang isteri sekiranya dia berkahwin lain kelak.

Sumber : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top