Wanita terpinga-pinga kena tinggal tanpa sebab oleh pemandu e-hailing di lebuh raya

encik gotenks
0

 


Pemandu e-hailing tinggalkan pelanggan di tepi jalan.


Itu situasi malang dihadapi seorang wanita apabila ditinggalkan sendirian di lorong kecemasan di Kilometer 452 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan.


Difahamkan, maangsa ditinggalkan tanpa sebab oleh pemandu e-hailing terbabit.


Bagaimanapun, wanita yang identiti dan umurnya belum dikenal pasti itu bernasib baik apabila dibantu anggota polis kenderaan peronda lebuh raya (EMPV), Koperal Mohd Jefri Yaakob.


Difahamkan, Mohd Jefri bertugas di Sektor A1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) segera menghulurkan bantuan ketika melihat maangsa bersendirian di kawasan berkenaan.



Malah, Mohd Jefri juga dilaporkan menghantar wanita terbabit pulang ke rumahnya di Taman Bandar Tasek Puteri Rawang yang juga berada berhampiran sektor kawasan tanggungjawab Petugas Empv terbabit.


Harian Metro kini sedang berusaha mendapatkan ulasan daripada pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan.

Update : Wanita tidak dedah punca ditinggalkan pemandu e-hailing

Wanita yang ditinggalkan ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing di Kilometer 452 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah selatan tidak memaklumkan masalah dihadapinya dengan pemandu terbabit.

Pegawai Turus Penguatkuasa Zon Tengah A, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Abd Razak ketika dihubungi Harian Metro berkata, wanita terbabit hanya memaklumkan telefon bimbitnya pecah ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasyrul berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi tadi.




Menurutnya, wanita terbabit pada mulanya menghubungi pihak Plus memaklumkan dia berada di kawasan itu dan meminta bantuan untuk menghantarnya pulang.


"Pihak Plus kemudian menghubungi kami sebelum anggota saya bergegas ke lokasi kejadian. Wanita terbabit ditemui selepas susur keluar (Kilometer 452).


"Kami tidak pasti dia dari mana cuma dia memaklumkan ingin pulang ke rumah ibunya di Bandar Tasik Puteri Rawang. Atas rasa tanggungjawab anggota saya menghantarnya pulang," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang wanita ditinggalkan pemandu e-hailing ketika menggunakan perkhidmatan itu di tepi jalan tanpa diberikan sebarang alasan.

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik apabila dibantu anggota polis kenderaan peronda lebuh raya (EMPV), Koperal Mohd Jefri Yaakob yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.

Sumber : Harian Metro
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top