"Dah macam tikus baiki labu" - Netizen pening kepala lihat hasil kerja JKR JB tampal jalan raya berIubang

encik gotenks
0

Baru-baru ini viral satu perkongsian yang telah dimuat naik di page Kelab Info Malaysia yang memaparkan hasil kerja JKR JB dalam melakukan kerja-kerja penutupan/menampal lubang lubang (pothole) di Lebuhraya Pasir Gudang (FT017) Sesyen 9-10, Hala Pasir Gudang - Perling.

Hantaran itu yang pada mulanya dimuat naik oleh page JKR Johor Bahru dilihat memakan diri sendiri setelah mendapat maklum balas kurang baik apabila pengguna Facebook.

Menerusi laporan yang dipetik dari portal TheVocket, hantaran asal yang telah dipadam itu memaparkan JKR Johor Bahru berkongsi beberapa gambar aktiviti penampalan lubang di Lebuh Raya Pasir Gudang Seksyen 9-10, menghala Pasir Gudang – Perling.

Walaupun isu jalan raya berlubang berjaya ‘diselesaikan’, namun hasilnya yang nampak kurang memuaskan kerana ia nampak tidak kemas serta berpotensi membahayakan pengguna jalan raya itu, lebih-lebih lagi membabitkan penunggang motosikal.

Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen bengang dan mempertikaikan hasil kerja mereka yang terlibat.

Ada juga netizen yang merayu agar MB Johor iaitu YB Datuk Onn Hafiz Ghazi ‘turun padang’ untuk memantau sendiri kualiti jalan raya di sepanjang kawasan Pasir Gudang itu, supaya setiap penduduk Johor dapat menggunakan jalan raya dengan lebih selesa dan selamat.

Untuk rekod, sebelum ini YB Datuk Onn Hafiz Ghazi pernah membuat kunjungan mengejut dan jalan di Hospital Sultanah Aminah diturap oleh pihak yang bertanggungjawap kurang 48 jam

Sumber artikel : The Vocket

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top