DBKL cekup lebih 1500 peniaga warga asing di Pasar Borong KL

encik gotenks
0

Lebih 1,500 warga asing yang berniaga dan bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) berjaya dibanteras antara Mac hingga Disember 2020 menerusi program pemutihan yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL Khairul Anuar Mhd Juri berkata tindakan penguatkuasaan itu dibuat selari dengan syarat ditetapkan di bawah Undang-undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2002.

"DBKL berusaha keras supaya tidak ada warga asing bekerja di PBKL. Ya, mungkin ada yang membawa masuk (pekerja asing) secara curi-curi dan kadang-kala perkara itu tidak boleh dielak.

"Namun jika ada, kita akan tahan kemudian diberikan surat tunjuk sebab kepada pemegang lesen malah ada juga kes yang lesen mereka dibatalkan," katanya dalam sidang media selepas pelancaran buku 'Transformasi Pasar Borong Kuala Lumpur - Menjana Ekonomi Norma Baharu' di sini, hari ini.

Menurutnya tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga dan pekerja warga asing di PBKL membuka peluang dan ruang pekerjaan kepada warga tempatan yang terkesan dan kehilangan sumber pendapatan akibat C0vid-19.

"Bagi menarik minat warganegara untuk bekerja di PBKL, pelbagai kemudahan disediakan antaranya penyediaan asrama dan pekerja turut dicarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya yang mengakui aduan berhubung permasalahan itu semakin berkurangan susulan penguatkuasaan tegas dilakukan DBKL.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah dalam ucapan perasmian di majlis itu berkata pelaksanaan norma baharu susulan pandemik, telah mencetuskan idea penubuhan Task Force Menjana Ekonomi Norma Baharu PBKL yang memberi fokus kepada aktiviti pemutihan pekerja warga asing di PBKL, selain mengambil tindakan terhadap majikan yang terbabit.

"Task Force ini juga berjaya mendidik pemborong untuk mematuhi syarat lesen dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai majikan yang secara tidak langsung membuka peluang dan ruang pekerjaan khususnya kepada warga kota yang terkesan dan kehilangan sumber pendapatan susulan pandemiik C0vid-19.

"Ia juga mengurangkan kadar jnayah seperti vandalisme dan rompakan serta berjaya menambah baik keceriaan persekitaran PBKL dengan lukisan grafiti oleh sekumpulan pelukis mural dan grafiti," katanya.

Mahadi berkata DBKL juga telah menambah baik pengurusan dan meningkatkan infrastruktur seperti pemakaian pakaian seragam, pas pengenalan pekerja dan pemborong serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang pelaksanaan norma baharu di PBKL.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top