Gaji RM2000 ada 3 isteri, cukup je kalau gaji itu berkat, kata suami beristeri 3

encik gotenks
0

PENAFIAN : GAMBAR YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN

Baru-baru viral satu perkongsian di laman twitter yang telah dikongsikan oleh pelakon Redza Minhat yang memaparkan hantaran berbentuk tangkap layar itu, seorang individu mengatakan bahawa pendapatan berjumlah RM2,000 sangat mencukup dan mempunyai nilai barokah.

Katanya lagi, jikalau seseorang itu mempunyai gaji mencecah RM20,000 tapi tidak berkat hidup mereka tetap kacau bilau dan tidak tenteram.

Dia juga mengatakan bahawa pendapatannya hanya RM2,800 sebulan dan mempunyai tiga isteri namun sentiasa cukup menampung ke

Perkara tersebut sekaligus membuatkan warga maya yang sentiasa dahagakan perdebatan tertanya-tanya bagaimanakan individu itu dapat menanggung dirinya dan tiga isteri dengan hanya pendapatan tidak sampai RM3,000 sebulan itu?

Antara komen netizen adalah mungkin ketiga-tiga isteri individu itu mempunyai pekerjaan mereka sendiri dan ada juga yang mempersoalkan ke manakah tanggungjawab si suami jika isteri terpaksa keluar mencari duit untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Faham nilai barokah tapi bila sampai isteri 3 orang. Kalau tak terjaga, batal barokah tu. Belum masuk hal anak-anak dan hukum lain lagi.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatkan secara umum agar hidup berpandukan kemampuan sendiri dan tidak sesekali ‘menunggang agama’ bagi menghalalkan perkara yang salah dari segi undang-undang dan hukum agama.

Sumber artikel : Beautifulnara

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top