Hanya Keluarga Saya Sendiri Sahaja Yang Tahu Kita Di Kedudukan Mana…, luah Izreen Azminda

encik gotenks
0

Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terkini pelakon berbakat, Izreen Azminda. Baru-baru ini Izreen ada berkongsikan luahan hatinya yang telah dimuat naik dalam program youtube #MHLIFESTYLE media hiburan.

Izreen berkata sebelum menceburi industri seni hiburan, dia memang sudah bertekad dan bersedia dari segi mental dan fizikal khasnya apabila berdepan sebarang kontroversi.

Izreen atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam berkata, tidak terkecuali dia akan berdepan dengan situasi sedemikian.

“Masa mula-mula saya mahu masuk dalam industri ni sejujurnya saya memang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebab saya sudah di sedia maklum benda seperti ini pasti akan terjadi. Jadi, sebab tu sekarang kalau apa sahaja yang terjadi saya ’steady’,” katanya.

Namun menurut Izreen, kedua orang tua dan seluruh ahli keluarganya menerima setiap perkara yang berlaku dengan hati terbuka.

“Macam mak ayah saya sama juga, jenis yang ’steady’ juga. Oleh itu apa sahaja yang terjadi pun mereka terima sahaja lah seadanya.

“Janji pada mereka hanya mereka sahaja yang lebih tahu anak dia ni jenis seorang yang macam mana.

“Hanya keluarga saya sendiri sahaja yang tahu kita di kedudukan mana jadi tidak kisah lah apa cerita keluar sekali pun, kita ’steady’ sahaja.

“Kalau nak tahu, ayah dan mak adalah antara orang yang sentiasa sokong saya sebelum ini,” katanya lagi.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Youtube media hiburan

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top