Netizen terkejut lihat tudung Nelydia Senrose sudah 'hilang'?

encik gotenks
0

Mana hilangnya tudung Nelydia Senrose? Persoalan ini mula timbul berikutan tersebar gambar pelakon Khilaf Asmara itu kini tidak bertudung.

Ia memaparkan aktiviti santai Nelydia tanpa tudung bersama beberapa anggota keluarganya termasuk adiknya Raysha Rizrose yang dimuatkan menerusi IG Story.

Terdahulu Nelydia mula bertudung sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga Disember tahun lalu.

Ia seterusnya diikuti kembara percutian ke negara Timur Tengah selepas itu. Imejnya yang dikongsi di Instagram (IG) mendapat pujian ramai pihak. Tidak kurang yang mendoakan isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini terus istiqamah.

Dia juga kemudian dilamar oleh satu syarikat jenama tudung sebagai wajah wakilan koleksi raya yang dilancarkan pada 31 Mac lalu.

Nelydia menerusi temubual dengan Berita Harian sebelum ini berkata, dia mahu menjalani penghijrahan ini selangkah demi selangkah dan pasti.

"Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.

"Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang Iemas. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.

"Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik," katanya dalam artikel yang dikeluarkan.

Dalam masa sama, Nelydia akur sebagai insan yang sentiasa diuji, terbit kebimbangan hatinya sebagai manusia yang mudah rapuh dan berbolak-balik.

Dia juga tidak takut kehilangan rezeki apabila memilih bertudung kerana percaya pada aturan yang ditetapkan Allah.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan Nelydia setakat ini belum mendapat sebarang maklum balas.

Sumber Artikel : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top