PU Rizz nasihat jangan sebar gambar aurat Adibah Noor, Siti Kassim tak setuju dan minta jaga tepi kain sendiri sahaja?

encik gotenks
0

Pemergian penyanyi Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu akibat kanser ovari tahap empat sememangnya mengejutkan ramai.

Di media sosial, ramai yang mengucapkan takziah serta memuat naik gambar Allahyarham yang tidak menutup aurat.

Susulan itu, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz menegur orang ramai supaya tidak berkongsikan foto penyanyi itu yang tidak menutup aurat.

Bagaimanapun, teguran PU Riz itu seolah tidak disenangi peguam dan aktivis, Siti Kassim. Menerusi perkongsian di Twitter, peguam itu menyelar PU Riz serta menasihati pendakwah itu agar menjaga tepi kain sendiri sahaja.

Perkongsian Siti Kassim itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak bersetuju dengan peguam tersebut.

Tidak kurang juga ada yang menyindir PU Riz tidak layak memberi nasihat berhubung isu berkenaan serta meminta untuk menjaga isteri sendiri sahaja.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan benar apa yang ditegur oleh PU Riz itu kerana ianya pesanan yang baik.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Gulapop

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top