Siti Bainun tak dapat tahan sebak, menangis teresak-esak nampak anak-anak angkatnya

encik gotenks
0

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali menangis teresak-esak semasa enam kanak-kanak termasuk remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella dibawa masuk ke dalam mahkamah bagi sesi pengecaman.

Tiga orang saksi pendakwaan iaitu Zurianty Sudin, 39; Yasmin Nahar Mahmood, 19; Suhana Zam, 40, dipanggil semula bagi menjalankan pengecaman ke atas keenam-enam kanak-kanak itu.

Sesi pengecaman itu dijalankan di sebalik skrin penghadang bagi melindungi identiti kesemua kanak-kanak yang hadir.

Terdahulu, peguam Siti Bainun, Nur A’minatul Mardiah Md. Nor memohon pada Hakim Izralizam Sanusi supaya skrin penghadang itu dialihkan bagi melihat reaksi kesemua kanak-kanak itu namun permohonan itu ditolak.

Izralizam berkata sesi itu akan menumpukan pada pengecaman dan bukan untuk merekodkan keterangan daripada anak-anak itu.

Sumber artikel : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top